الأحد، أكتوبر ١٦، ٢٠٠٥
Mee Sizling
Assalamualaikum warahmuatullahi wabarakatuh.
Beberapa hari lepas saya bermimpi sesuatu yang seronok sekali. Kisahnya begini. Di dalam mimpi itu saya berasa sangat lapar lalu saya singgah ke sebuah gerai untuk membeli apa-apa yang boleh dimakan. Tetapi malangnya tiada apapun yang berbaki untuk dihidangkan kepada saya kerana kesemuanya sudah habis dijual. Mujurlah makcik peniaga itu baik hati dan dia akan memasak untuk saya dengan sedikit bahan mentah yang masih ada. Dia ingin masakkan mee sizling untuk saya. Saya rasa sungguh seronok sekali di dalam mimpi itu kerana saya tidak pernah langsung berpeluang untuk makan mee sizling walaupun berkeinginan untuk berbuat demikian dialam realiti.
Saya menunggu makcik itu membuat masakannya tetapi terlalu bosan rasanya menunggu dan akhirnya saya pergi merayau rayau ke sebuah flat yang tinggi. Rupa-rupanya flat itu adalah tempat tinggal saya. Saya tinggal di flat itu bertiga dan status saya di dalam mimpi itu ialah seorang pelajar. Disitu saya mimpi saya menaiki semua tangga yang ada di flat itu. beberapa kali saya melakukan perkara yang sama. Saya cuba memasuki bilik saya untuk berehat tetapi malangnya saya terlupa untuk membawa anak kunci bilik. Mujurlah kawan saya ada di dalam bilik itu dan saya boleh memasukinya.
Kawan-kawan saya mengajak saya untuk pergi makan dan saya mengikuti mereka. Kami kemudiannya turun ke bawah untuk menunggu bas. Akhirnya sebuah van berhenti lalu menawarkan diri untuk menghantar kami ke sebuah gerai. semasa di dalam perjalanan, sebuah bas datang ke sebelah tepi tempat saya duduk dan cuba untuk melanggar pintu van tersebut. Akhirnya pintu van tersebut tercabut, tetapi saya berjaya menolak bas itu jauh dengan kaki saya.
Akhirnya kami sampai ke gerai diawal mimpi tadi. Kawan-kawan memilih gerai sebelah gerai yang saya tempah mee sizling tadi. Mereka memesan roti canai. Saya pergi ke kedai tadi dan bertanyakan mee sizling saya. Makcik tadi sudah lama menyiapkan mee tadi. dia kata, ramai orang yang datang ke kedainya untuk makan tapi apakan daya semua makanan sudah habis. Mereka menawarkan untuk membeli mee sizling kepunyaan saya tetapi makcik itu berkeras tidak mahu menjualnya kerana mee sizling itu dia buatkan untuk saya. saya begitu terharu dengan kata-kata dan perbuatan makcik itu lalu saya keluarkan RM 5 dan memberikannya kepada makcik itu.
Kumudian saya membawa mee itu untuk duduk bersama kawan-kawan. Saya cuba memakan mee sizling itu kerana tidak sabar-sabar lagi. Subhanallah... Sungguh sedap sekali mee itu. Sedap yang tidak dapat dibayangkan. Sampai keluar mimpipun tekak saya boleh merasa kelazatan mee sizling itu. Saya terjaga dari mimpi dan mendapati saya sudah terlepas sahur. Tetapi saya berasa sedikit kenyang dengan mimpi yang saya lalui itu.
Wassalam
الاشتراك في:
تعليقات الرسالة (Atom)
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق