الاثنين، رمضان 21، 1426

RM 200.00


Semasa kecil-kecil dulu tentu kita ada lagu kegemaran bukan? Lagu itu banyak memberi kenangan kepada kita bukan?

Akhirnya saya dapat mendengar kembali lagu yang saya minati sedari kecil lagi, menyanyi bersama-sama kawan-kawan dan sepupu-sepupu... Sentiasa membuat saya tersenyum.

Terlalu lama saya tidak mendengar lagu itu. Entah kemana ia menghilang.

Apabila liriknya mengiang-ngiang di telinga saya ketika membeli belah di Kuala Lumpur...Just like a long lost friend. mengembalikan kenagan lampau, semasa kanak-kanak. Orang kata, kalau masa kecil-kecil nakal, bila besar nanti dah tak nakal.

Kalau masa kecil-kecil baik macam malaikat pula, bila besar mesti nakal.

Nakalnya saya semasa kecil. Tapi bila besar jadi baik. Jadi anak yang soleh. Alhamdulillah.
Dalam baik-baik saya sekarang ni. Ada juga yang tidak baiknya.

Hari ini, Syafiq ajak pergi teman dia beli baju raya. Banyak benda yang saya pelajari dari sahabat yang seorang ini sepanjang perjalanan kami ke kuala Lumpur. Pergi ke sana dengan menaiki motor KABnya.

Hari ini habis juga duit saya RM200.00

Beli thumdrive dan CD Ulead Users. Thumdrive multi fungsi itu boleh digunakan sebagai MP# player dilengkapi dengan fungsi radio.

Saya save bacaan Al-Quran zuju' 1 sampai juzu' 4. Saya juga save nasyid Setanggi Syurga. Mungkin hanya nasyid ini serta nasyid Kuserah Cinta, Sebelum Terlena dan Damba Kasih sahaja yang akan saya dengar sehinggalah saya hafiz 30 juzu'. Saya berusaha untuk tidak mendengar lagu, nasyid yang lagho ataupun mendengar apa sahaja yang boleh menggelapkan hati saya.

Ulead Users itu saya akan gunanya bila saya terlibat dalam proksi nanti. Lebih mudah dari menggunakan Adope Photoshop. hmm.. Malas sebenarnya nak terlibat dalam proksi. Takut tak terjaga pula pandangan mata dan pandangan hati ni. Maklumlah berada di UIA. lawa lawa belaka muslimatnya.

Bermula minggu ini saya telah menambah satu lagi hobi. Iaitu kajian tentang Hack. Saya harap kajian saya ini akan kekal sehingga saya temui bagaimana cara untuk menagalahkan sistem komputer. Maklumlah sekarang semua benda perlukan komputer hatta peperangan sekalipun. Jangkaan saya. Di era peperangan dunia ketiga nanti, perlunya ada ramai hacker-hacker yang dapat membantu.

Memang tuhan ingin saya jadi seorang hacker kut. Seorang hacker yang merupakan seorang penulis, yang hafiz quran, yang pakar melukis, yang pakar undang undang.

Walaubagaimanpun saya telah aturkan jadual untuk mencapai cita-cita ini. Pada tahun satu saya akan mengusai kemahiran-kemahiran graphic dan picture editing. Tahun dua saya akan menguasai kemahiran Crack dan Hack.

Pada masa yang sama saya akan pastikan saya menghafaz 10 juzu' pada tahun satu, dan 10 juzu' pada setiap tahun yang berikutnya.

Pada tahun satu saya akan menguasai Bahasa Inggeris dan pada tahun dua Bahasa Arab.

الأحد، رمضان 20، 1426

Salam Hari Raya

Hari ini Ahad 24 Oktober 2005, Saya baru mengeluarkan RM 200.00 dari akaun. Saya tunggu Syafiq di masjid lepas tu, tapi dia tidak muncul-muncul. Saya pergi ITD dan saya buka email. Dzarrin adik saya mengutus email kepada saya. Selamat hari raya ucapnya.

الخميس، رمضان 17، 1426

Lelaki pelindung wanita makin kurang bhg 2


Namun, wanita juga turut menyumbang kepada pelupusan sifat pelindung lelaki berikutan lantangnya suara sumbang golongan aktivis wanita yang ingin menyamaratakan taraf wanita dan lelaki tanpa menyedari akan risikonya. Mereka juga galak menyeru kepada usaha dominasi wanita terhadap tugas yang selama ini dipegang kaum lelaki. Pada masa sama, semakin ramai pula wanita yang rela diri mereka dieksploitasi oleh lelaki yang mementingkan nafsu dan keuntungan material semata-mata, hingga wujudnya golongan Pelayan Pelanggan (GRO) atau pelacur yang dianggap bukan lagi suatu masalah dalam masyarakat.
Media massa berlumba-lumba menggunakan wanita untuk melariskan produk mereka. Apa logiknya wanita berpakaian ketat dan seksi berbaring di atas kereta baru yang hendak dilancarkan? Perkara seumpama ini tidak akan berlaku jika lelaki mempunyai sifat pelindung dan wanita pula menyedari mereka wajib dilindungi, bukan dieksploitasi atau diperalatkan untuk kepentingan duniawi.
Persoalannya, bagaimanakah caranya untuk menyedarkan kaum lelaki mengenai tugas mereka? Dalam hal ini, lelaki Muslim perlu menyedari kedudukan mereka di hadapan Allah dan kembali kepada Islam yang mengangkat martabat wanita dengan lelaki sebagai pelindung martabat tersebut.
Jika lelaki Muslim sedar bahawa dia hamba Allah, maka dia wajib menurut perintah Allah. Jika ingin mengikuti perintah Allah, dia wajib patuh ajaran al-Quran yang menyuruh lelaki menjadi pelindung kepada wanita dan mengikut contoh pelindung terbaik iaitu baginda Rasulullah saw. Rasulullah tidak pernah menyakiti apatah lagi menganiaya dan menzalimi wanita, terutama isteri baginda sendiri. Baginda mengajar kita melindungi wanita yang menjadi sebahagian daripada unsur utama masyarakat Islam. Dengan mengikuti sunnah Baginda, seseorang lelaki itu akan sentiasa menjadi pelindung kepada wanita.
Sabda Rasulullah di dalam sebuah hadis :
Daripada Muawiyah b Haidah al Qusyairi bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah: Ya Rasulullah! Apakah hak isteri kami ke atas suaminya. Baginda menjawab, jika engkau makan dia pun hendaklah diberi makan, jika engkau membuat pakaian, dia hendaklah diberi pakaian, kalau memukul jangan mukanya dipukul dan jangan dikatakan dia buruk. (Abu Daud)

Sumber http://tranungkite.net/

Lelaki pelindung wanita makin kurang bhg 1



DALAM hadis yang diriwayatkan Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Antara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit dan kejahilan semakin banyak, zina akan berleluasa, wanita semakin ramai dan lelaki [qowwamun] semakin kurang sehingga 50 wanita hanya dilindungi seorang lelaki”. (Bukhari dan Muslim) Ia adalah satu topik menarik yang selalu dibincangkan dalam pelbagai forum kebapaan iaitu seolah-olah kini nilai kelelakian semakin pupus sama ada dari segi mahupun tanggungjawab. Mengapakah fenomena ini terjadi, apakah puncanya, dan bagaimanakah langkah terbaik untuk mengatasinya? Mungkin ramai yang beranggapan ia membawa maksud bertambahnya bilangan ‘lelaki lembut’ yang meniru gaya hidup wanita, seperti yang pernah dibincangkan di akhbar tempatan suatu masa dahulu, atau semakin kurangnya bilangan lelaki di dunia pada masa ini.
Pada hakikatnya yang dimaksudkan ialah kurangnya lelaki yang menjalankan peranan mereka sebagai lelaki seperti yang diperintahkan Allah di dalam al-Quran iaitu lelaki sebagai ‘qowwamun’ (pelindung) kepada wanita. Allah berfirman di dalam
surah an Nisa’ ayat 34:
Yang bermaksud: Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (kaum lelaki) atas sebahagian yang lain (kaum wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.
Lelaki mendapat dua bahagian lebih daripada kaum wanita dalam pembahagian harta pusaka, lelaki dikehendaki membayar mahar apabila berkahwin, lelaki dikehendaki menggauli isterinya dengan baik, lelaki juga diizinkan berpoligami hingga 4 orang isteri dengan syarat mampu berlaku adil. Mengapakah lelaki diberi kelebihan oleh Allah daripada wanita dalam banyak perkara? Jawapannya ialah kerana lelaki itu memimpin perempuan, bukan perempuan memimpin lelaki dan tidak pula sama kedudukannya.
Lelaki memimpin wanita bukan sahaja berlaku pada manusia, bahkan pada haiwan. Lihatlah bagaimana haiwan jantan memimpin yang betina. Jika ada sekumpulan itik jantan dan betina maka itik jantan yang memimpin berpuluh-puluh itik yang mengiringinya dan begitulah seterusnya.
Maksud hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa antara tanda akhir zaman ialah lelaki semakin kurang daripada wanita dan yang lebih parah, 50 wanita hanya dijaga seorang lelaki.
Merujuk kepada matan hadis itu, Rasulullah juga menggunakan perkataan ‘qowwamun’ yang bermaksud pelindung untuk 50 wanita dan baginda tidak menggunakan perkataan ‘ar-rijal’ yang membawa makna lelaki di dalam bahasa Arab. Maksudnya, golongan lelaki yang menjaga wanita semakin sedikit bilangannya pada hari ini.
Yang ramai ialah lelaki yang tidak menjadi penjaga wanita, sebaliknya mengeksploitasi, merogol dan menjadikan mereka sebagai alat melepaskan nafsu.
Lihatlah laporan yang selalu dipaparkan di media cetak dan elektronik mengenai moral atau akhlak masyarakat kita, khususnya orang Melayu Islam yang semakin hari semakin tenat.
Peningkatan kes rogol, sumbang mahram, bunuh, samun, ragut wanita, dera isteri, anak dan pembantu rumah, jelas menunjukkan betapa hilangnya nilai serta peranan ramai lelaki di negara ini. Fenomena ini bukanlah merujuk kepada hilangnya sifat kelelakian kerana mereka bertukar jantina, tetapi disebabkan tidak menjalankan tugas sebagai lelaki yang sebenarnya sebagai pelindung kepada wanita, seperti yang termaktub di dalam al-Quran dan hadis nabi.
Jika seseorang lelaki itu mempunyai sifat pelindung maka dia akan melihat wanita sebagai kelompok insan yang memerlukan perlindungan, dihormati, dijaga maruah mereka, tidak dikasari, tidak diekspolitasi, apatah lagi diperlakukan sesuka hati seumpama barang mainan. Pendek kata jika masyarakat mempunyai ramai lelaki pelindung, kuranglah masalah kekeluargaan dan sosial.
Dalam kehidupan berkeluarga, masyarakat amat memerlukan lelaki bersifat pelindung. Mereka tidak akan malas di rumah dan membiarkan isteri dan anak sahaja membanting tulang setiap hari. Selain itu mereka tidak akan memukul atau mendera sama ada isteri mahupun anak, tidak menengking, tidak mengherdik, tidak memaki, mencaci dan mencarut kepada isteri dan ahli keluarganya. Lelaki pelindung juga tidak akan menggadaikan maruah anak dan isterinya walau sesulit manapun masalah yang dihadapinya. Sayangnya lelaki pelindung semakin pupus bilangannya dalam masyarakat hari ini

الأحد، رمضان 13، 1426

Mee Sizling



Assalamualaikum warahmuatullahi wabarakatuh.

Beberapa hari lepas saya bermimpi sesuatu yang seronok sekali. Kisahnya begini. Di dalam mimpi itu saya berasa sangat lapar lalu saya singgah ke sebuah gerai untuk membeli apa-apa yang boleh dimakan. Tetapi malangnya tiada apapun yang berbaki untuk dihidangkan kepada saya kerana kesemuanya sudah habis dijual. Mujurlah makcik peniaga itu baik hati dan dia akan memasak untuk saya dengan sedikit bahan mentah yang masih ada. Dia ingin masakkan mee sizling untuk saya. Saya rasa sungguh seronok sekali di dalam mimpi itu kerana saya tidak pernah langsung berpeluang untuk makan mee sizling walaupun berkeinginan untuk berbuat demikian dialam realiti.

Saya menunggu makcik itu membuat masakannya tetapi terlalu bosan rasanya menunggu dan akhirnya saya pergi merayau rayau ke sebuah flat yang tinggi. Rupa-rupanya flat itu adalah tempat tinggal saya. Saya tinggal di flat itu bertiga dan status saya di dalam mimpi itu ialah seorang pelajar. Disitu saya mimpi saya menaiki semua tangga yang ada di flat itu. beberapa kali saya melakukan perkara yang sama. Saya cuba memasuki bilik saya untuk berehat tetapi malangnya saya terlupa untuk membawa anak kunci bilik. Mujurlah kawan saya ada di dalam bilik itu dan saya boleh memasukinya.

Kawan-kawan saya mengajak saya untuk pergi makan dan saya mengikuti mereka. Kami kemudiannya turun ke bawah untuk menunggu bas. Akhirnya sebuah van berhenti lalu menawarkan diri untuk menghantar kami ke sebuah gerai. semasa di dalam perjalanan, sebuah bas datang ke sebelah tepi tempat saya duduk dan cuba untuk melanggar pintu van tersebut. Akhirnya pintu van tersebut tercabut, tetapi saya berjaya menolak bas itu jauh dengan kaki saya.

Akhirnya kami sampai ke gerai diawal mimpi tadi. Kawan-kawan memilih gerai sebelah gerai yang saya tempah mee sizling tadi. Mereka memesan roti canai. Saya pergi ke kedai tadi dan bertanyakan mee sizling saya. Makcik tadi sudah lama menyiapkan mee tadi. dia kata, ramai orang yang datang ke kedainya untuk makan tapi apakan daya semua makanan sudah habis. Mereka menawarkan untuk membeli mee sizling kepunyaan saya tetapi makcik itu berkeras tidak mahu menjualnya kerana mee sizling itu dia buatkan untuk saya. saya begitu terharu dengan kata-kata dan perbuatan makcik itu lalu saya keluarkan RM 5 dan memberikannya kepada makcik itu.

Kumudian saya membawa mee itu untuk duduk bersama kawan-kawan. Saya cuba memakan mee sizling itu kerana tidak sabar-sabar lagi. Subhanallah... Sungguh sedap sekali mee itu. Sedap yang tidak dapat dibayangkan. Sampai keluar mimpipun tekak saya boleh merasa kelazatan mee sizling itu. Saya terjaga dari mimpi dan mendapati saya sudah terlepas sahur. Tetapi saya berasa sedikit kenyang dengan mimpi yang saya lalui itu.

Wassalam

الجمعة، رمضان 11، 1426

Kuda oh kuda


Assalamualaikum

Saya teringat satu kisah yang selalu terlintas di minda saya ketika saya dalam keadaan moody. Kisah yang diceritakan oleh seorang guru tahfiz semasa saya sedang belajar di Maahad Muhammadi Lil Banin. Ketika itu saya naik ke tingkat atas masjid sekolah untuk menunaikan solat sunat witir setelah bertarawih secara berjemaah.

Beliau bercerita,

Seorang budak berjumpa dengan seorang hartawan yang mempunyai banyak kuda. Dia momohon untuk berkerja dengan hartawan itu sebagai pengembala kudanya. Setelah terbukti budak itu bersungguh-sungguh ingin menjaga kuda-kudanya, maka si hartawan itu memberikan beberapa ekor kuda kepada budak itu untuk dijaga.

Budak itu menjaga kuda-kuda tuannya di sebuah padang rumput yang luas, sesuai dengan sifat kuda yang suka bebas dan suka meragut rumput. Budak pengembala tadi tertidur seketika lalu larilah kuda-kuda jagaanya. Yang tinggal hanya seekor sahaja. Maka bersedihlah budak itu. Mesti si hartawan pemilik kuda-kuda itu akan marah kepadanya dan memecatnya dari menjadi pengembala.

Persoalannya sekarang, adakah si hartawan itu akan memaafkan budak tadi diatas kehilangan kuda-kudanya? dan adakah dia akan membenarkan budak itu terus menjadi pengembala? Budak itu merayu-rayu agar tidak dipecat dan dihalau. Lalu si hartawan itu berkata " Engkau ingin menjaga kuda-kuda lagi aku tetapi engkau membiarkan kuda kuda yang aku berikan kepada engkau lari, bagaimana aku nak percayakan engkau lagi. disebabkan engkau bersungguh-sungguh untuk menjaga mereka, maka aku berikan engkau satu syarat, selagi engkau tidak menjumpai kuda-kuda yang hilang itu, selagi itulah aku tidak akan menerima engkau sebagai pekerja aku."

Inilah kisah yang diceritakan oleh ustaz berkenaan, dia mengaitkan cerita diatas dengan kehidupan orang-orang yang menghafaz Al-Quran. Allah berikan kita
peluang untuk menghafaz Al-Quran tatapi kita terlupa apa yang dihafaz. Adakah Allah akan izinkan kita meneruskan hafazan kita sedangkan banyak yang telah dihafaz telahpun kita tinggalkan dan melupakannya.

Saya bandingkan pengajaran ini dengan diri saya. Saya telah menghafaz berbelas-belas juzu'Al-Quran, tatapi saya lupa juzu'-juzu' yang awal. Memang betul saya berasa semakin sukar untuk meneruskan hafazan baru saya. Terasa malas, pening kepada berserabut dan susah untuk ingat ayat-ayat baru. tahulah saya bahawa Allah menghalang saya dari terus menghafaz Al-quran selagi saya tidak cuba untuk mengingat balik ayat-ayat dan juzu' yang telah saya lupakan.

الخميس، رمضان 10، 1426

Brook v Boot [1928] satu pengajaran


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hari ini aku tertarik dengan satu kes yang diajar di dalam kelas Law of Tort by Prof Altaf. This case namely Brook v. Boot [1928]. I’m interested with the fact of the case that the 1st defendant is the owner of a land and rent into the Plaintiff. The plaintiff then uses one of the premises on the land as shop. My lecturer didn’t explained what type of shop it is. Since the 1st defendant is the landlord, he has an authority to access the premise for any safety inspection.

On that day, a man who is the 2nd defendant is smelling gas leaking. The 1st and 2nd defendant than enter the plaintiff’s shop to investigate what happen. The shop is so dark and 1st defendant advises the 2nd defendant to light on match. Due to that there was a big explosion in the shop and damage the plaintiff’s property.

The plaintiff claims damages and the court held that both defendant ore jointly liable for the damage.

What is my observation on this case is the defendants actually want to help the plaintiff from suffering any losses but this incident happened. Should we hold them liable in attempting to help each others. Kadang-kadang aku fakir law menyebabkan masing-masing tidak mempedulikan orang lain.

Sebenarnya banyak lagi aku nak tulis tentang this fact of the case and what I get from it, Cuma masa tidak mengizinkan

الأربعاء، رمضان 09، 1426

Gempa bumi di Mansehra



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semalam berlaku gempa bumi di wilayah kashmir Pakistan, saya harap sahabat-sahabat sudah menyedekahkan al-fatihah buat orang-orang Islam uang diuji dengan gempa berukuran 7.6 skala ricter tu. 20 000 orang yang terkorban kesemuanya. Antara kawasan yang terjejas teruk ialah Daerah Mansehra, Pakistan. Daerah tu ialah daerah hulu pakistan bersempadanan dengan Kashmir dan Afghanistan sebelah atasnya. Perjalanan dari Islamabad ke Mansehra mengambil masa 5 hari menaiki kereta api. Mansehra adalah kawasan pedalaman yang serba kekurangan. Pondok telefon yang terdekat dari bandar itu terletak jauh dari pekan Mansehra yang mengambil masa satu hari perjalanan menaiki kereta api.

Disinilah tempat supupu saya belajar. Namanya Najib. Daerah Mansehra lebih banyak bersalji dari mendapat musim panas. Orang-orang tempatannya cantik-cantik macam Rani Mukharjee dan Shah Rukh Khan dan pemandangan serta persekitarannya indah-indah. banyak air terjun yang best-best kat sini. Macam mana pemandangan yang indah di Kashmer, begitulah juga dengan Mansehra.

Sepupu saya itu berpindah dari Jamiah Abu Bakr, Islamabad ke Mansehra setelah pelajar-pelajar selain dari warganegara Pakistan didiskriminasi disana. Selepas tamat sekolah menengah dia membulatkan hatinya untuk menggali Al-Quran di Pakistan. Dia ingin menjadi seorang Al-hafiz. Semangat dia untuk jadi Al-hafiz berkobar-kobar dan dia selalu nasihatkan saya agar hafaz Al-Quran betul-betul.

Tahun satu di sana, dia ditangkap dan dipenjarakan selama dua tahun di Penjara perang Pakistan kerana berjuang untuk Taliban di Afghanistan. Semasa perjalanan pulang dari Afghanistan untuk masuk ke sempadan Pakistan, dia, ustaznya dan seorang sahabat ditangkap oleh askar Pakistan. Di dalam penjaralah dia menghafaz Quran dan menuntut ilmu dari ustaznya kerana turut sama ditangkap ialah ustaznya. Dia menghafaz Al-Quran dengan penuh kesukaran kerana sentiasa disiksa oleh askar Pakistan yang merupakan sekutu Amerika. Dia dan sahabatnya sabar menghadapi ujian ini. Setelah setahun setengah di dalam penjara, barulah berita penangkapannya sampai ke pengetahuan PAS dan untuk makluman sahabat-sahabat, mereka dipilih oleh PAKINDO kerana Mansehra adalah daerah yang paling dekat dengan Afghanistan. PASlah yang menghantar mereka bertiga ke Afghanistan untuk menjalani latihan perang. Inilah rahsia yang disimpan rapi olehnya yang menyebabkan dia teruk didera. Apabila perkhabaran tragis mereka diketahui oleh PAS maka PAKINDO ( Persatuan Pelajar Malaysia Pakistan-India) dibawah Ustaz Nik Muhammad Abduh Bin Nik Abdul Aziz telah membelanjakan RM 80 000 untuk merasuah orang-orang tertentu agar membebaskan mereka. Akhirnya dia dan sahabat-sahabatnya dibebaskan.

Di dalam penjara, dia telah menghafaz sebanyak 22 juzu’ Al-Quran. Apabila pulang ke tanahair dia menjadi buruan polis selama setahun sehingga pemburuan keatasnya reda. Disebabkan selalu berpindah dari satu tempat ke satu tempat bagi melarikan diri, dia terleka dan meninggalkan Al-Quran yang selama kini dihafaznya, tambahan pula kesukaran untuk dia menerima kenyataan bahawa pertunangannya semenjak lepas SPM terputus disebabkan desakan keluarga pihak perempuan yang menyokong UMNO.

Usai kejadian itu di membawa dirinya yang lara ke Mesir. Apabila tamat pengajian dia pulang ke Malaysia. Walaubagaimanapun ujian Allah datang bertali arus. Semua permohonan kerjanya ditolak dan tiada satupun yang diterima. Dia menganggur untuk jangka waktu yang cukup lama. Akhirnya seorang ustaz memberitahunya, mungkin Allah halang dia mendapat apa yang dia inginkan sebab dia tidak menyempurnakan janji dia kepada Allah. Dia tidak istiqamah menghafaz Al-quran. Dia lalai sampai terlupa semua yang dihafaznya.

Dia insaf dan kesedaran memenuhi telaga hatinya lalu dia beruzlah selama beberapa bulan di pondok untuk menghabiskan hafazannya dan mengulang mana-mana yang dia lupa. Saya selalu ketemu dia sedang murajaah Al-Quran bersama adiknya yang sebaya dengan saya yang juga seorang Hafiz.

Sekarang hidupnya bahagia dan penuh barakah. Wajahnya penuh sakinah, bicaranya penuh hikmah dan langkahnya langkah seorang mujahid. Dia hidup aman dan damai dengan berjawat sebagai guru di sebuah sekolah menengah, mempunyai seorang zaujah yang solehah, lawa perwatakan dan akhlaqnya yang merupakan anak sulung tok imam masjid pasir mas yang merupakan teman sekuliahnya di Al-Azhar disamping dia dianugerahkan 2 orang putera yang comel.

Moral of the story, Allah permudahkannya untuk menghafaz al-quran walaupun ujian datang berganda. Allah ingin uji dia samada dia betul-betul bersedia untuk mengabadikan kalimah-kalimahNya di dalam dada. Doanya bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang hafiz makbulkan oleh Allah dan Allah beri peluang itu kepadanya, tapi dia tidak menggunakan peluang (nikmat) yang allah berikan dengan baik. Lalu Allah sekat sedikit rezekinya sebagai inzar supaya dia menunaikan janjinya kepada Allah.

Sahabat-sahabat sekalian. Sebelum Allah menarik balik apa jua nikmat dan yang diberikanNya kepada kita ini, gunakanlah peluang yang allah berikan dengan bersungguh-sungguh tanda kita bersyukur kepadanya. Bersungguh-sungguh..!!

Wassalam,

Aku konfius


The legal profession plays an important role in the administration of justice in Malaysia either conventional legal profession or Syariah legal profession.

Tadi prof Alsagoff ada Tanya satu soalan kat kelas,

“kalau Anwar Ibrahim want to be your client in his trial, who want to defend him?” ramai gak yang angkat tangan nak defend Anwar Ibrahim termasuk aku. Pastu Prof alsagoff tanya lagi plak,

“kalo yang pergi seek your defend ialah Mona Efendi, sapa yang sanggup jadi her lawyer?” Jawabnya sorang pun tak nak angkat tangan. Zaiti and Shikin pun tak nak tolong Mona jugak tadi kan?

Pada pandangan aku lah…, kenapa ramai yang nak defend Anwar sebab kitorang tahu dia tidak bersalah. Ikut instinct, intuition and common sense sendiri pun kita boleh agak samada dia bersalah atau tidak.

Sorang pun tak mau defend Mona sebab kita as a lawyer kita boleh tau sebenarnya adakah client kita tu guilty or not melalui common sense kita betul tak. Bukan nak judge sebelum hakim jatuhkan the judgement, tapi through the confession of our client and the evidences and explaination kita surely boleh predict. Mustahil lawyer tak boleh agak anak buah dia tipu atau tidak in explaining the fact of the case.

Bagi akulah, kita as muslim lawyer kenapa nak defend orang yang bersalah. Kita tau dia bersalah sebab hati, naluri dan otak kita kata dia bersalah, tapi kita defend dia…
Setiap apa yang kita lakukan itu ada balasannya nanti. Kalau kita menang kes pulak-lagi la kita dah bebaskan orang yang tidak bersalah. Dia akhirat kelak jawab sendiri la kat Allah. Dahla under Iclamic Criminal Law fore sure dia terlepas kat Malaysia ni.

tau tak prof Alsagoff kata apa as the conclusion..

“Awak semua tidak layak menjadi peguam” Aku and my friends pelik la nape dia cakap macam ni? Zaiti and Shikin pun aku rasa terkesima jugak dengan kata-kata dia.

Dia kata,
“bukankah man is innocent until proven guilty? This is an Islamic legal principle yang dicedok oleh English law. Kalau awak tidak mahu tolong dia sebab awak kata dia bersalah, awak telah bertindak mengikut emosi. Dia hanya bersalah setelah HAKIM menentukan whether he guilty or not”.

“ Seorang lawyer tidak boleh emitonal dalam menangani any cese"

Pening kepala aku dengan teorinya itu. Dia kata the principle is same as a surgeon. The surgent set aside his emotion while operate his pesakit. Tidak kira lah yang berada diatas meja bedah itu pembunuh atau penjenayah, the surgeon will safe the life. Dia tidak kan kata kat pesakit tu,

“padan muka kau, u deserve to die” kat pesakit tu.

Cuba bayangkan, anda seorang doctor bedah and orang yang anda akan bedah itu ialah orang yang telah membunuh isteri anda. Fore sure anda akan menyelamatkan juga nyawanya sebab itu adalah tugas anda. Begitu juga dengan seorang peguam. Anda perlu menerima semua kes tanpa ada any pre-judgement on it kerana dia tidak akan bersalah selagi mana Hakim tidak kata dia bersalah. Maksudnya semasa anda mewakilinya itu, dia di dalam keadaan tidak bersalah.

This is the explanation given by him. Tapi aku macam tidak boleh terima semua ini. Nanti aku rujuk dengan dua tiga orang ustaz lepas ini.
Wassalam.