الخميس، شعبان 07، 1427

JIKA BENAR ENGKAU HARUS MELANGKAH PERGI

JIKA BENAR ENGKAU HARUS MELANGKAH PERGI
(Sajak ini ditujukan khas buat family members especially Pirol)


Jika benar engkau harus melangkah
pergi dari sisiku
Tinggalkanlah pesan pada pawana petang
agar dapat kusimpan hembusan perasaanmu
bersama hangat tiupan kemesraan

Mengertilah sahabat
Jalan yang kita pilih
belum tentu jauh
belum tentu dekat

Namun biarlah pada jarak yang singkat
aku terjemahkan makna sahabat
Kerana aku mengenalimu barang sekejap
Dalam sekejap aku mengenalimu

Teruskanlah ceritamu, sahabat
tentang dunia yang akan engkau jengkal
satu persatu benuanya.
Tentang lautan, tentang angin,
tentang awan, tentang pohon
bingkisan maknanya
kau kirimkan pada kemesraan kita.

Aku bukanlah si pengukir takdir

Siapa tahu pada hari yang tidak direncana
aku dahulu yang menemui bahagia
Kerana dijemput pulang kepada-Nya


____________________________________
Kepada family ana, jangan lupa malam ni ada family gathering di bilik Pirol, pukul 11.30 malam. Jangan lupa pesanan naqib untuk menghantar karya masing-masing malam ni. Buat Abang Shah, jangan datang lewat.:p

ISTIKHARAH DEMI REDHA ALLAH ; Wa rabbukal Akram


Minggu lepas aku jadi ulat library. Cari buku-buku agama dan kitab-kitab hadith . Pastu drop kat ITD search tentang solat istikharah. Dulu pernah belajar, tapi untuk lebih memahami dan meyakinkan diri serta mempeteguhkan nirmala pendirian.... So sebagai pengenalan apa itu solat istikharah, boleh baca kat bawah.
___________________________________________

Solat Sunnat Istikharah

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan.

Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat. Setelah selesai shalat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

Allaahumma inni astakhiiruka bi'ilmika , wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata'lamu wa laa a'lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta'lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama'aasyii wa 'aaqibati amrii, 'aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta'lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma'aasyii wa 'aaqibatu amrii 'aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni 'anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka 'alaa kulli syai-in qadiir

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon pilihan-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku mohon kepastian kepada-Mu dengan kekuasaan-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, Engakau Maha Tahu dan Maha Mengetahui segala yang gaib.
Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini baik bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka takdirkanlah dia bagiku dan mudahkanlah dia bagiku, kemudian berilah dia berkah bagiku.
Dan apabila Engkau mengetahui pekerjaan itu buruk bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka singkirkanlah dia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Takdirkanlah hal-hal yang baik bagiku dimana kebajikan itu berada, kemudian berilah aku menyenanginya"

Tata Cara Shalat Istikharah

Tata cara solat istikharah sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, yaitu berniat solat istikharah. Bila mungkin laksanakan sesudah lewat tengah malam, setelah bangun tidur. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: "Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini....(sebutkan namanya)"

REZEKI MELALUI PERKAHWINAN


Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW. Manakala sunnah itu sendiri merupakan satu amalan yang dijanjikan balasan pahala terhadap orang yang melakukannya. Sabda Baginda yang bermaksud: "Perkahwinan itu sunnahku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku." (Riwayat Bukhari) Hari ini sering kita melihat bahawa sesuatu perkahwinan itu menjadi perkara yang rumit dan menyusahkan. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Ramai di antara kita yang beranggapan untuk berkahwin memerlukan kenderaan, memiliki rumah besar, wang yang banyak dan sebagainya. Cuba kita renungkan dan mengambil iktibar dari kisah yang berlaku lebih kurang 1,400 tahun dahulu yang boleh kita jadikan panduan hidup ini. Insya Allah.

Pada suatu hari, Rasulullah SAW telah didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas dari belengu kemiskinan. Tanpa berlenggah lagi, Rasulullah SAW terus menyuruh lelaki tersebut supaya berkahwin. Lelaki tersebut sangat gembira dengan saranan yang diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin. Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan nasibnya, "Ya Rasulullah! Aku telah pun berkahwin, tetapi masih dalam keadaan miskin. Apa yang harus aku lakukan wahai Rasulullah?". "Kahwin lagi," jawab Rasulullah singkat. Si lelaki tersebut tidak banyak bertanya. Beliau mempercayai Rasulullah SAW sepenuhnya kerana tidak mungkin Rasulullah mahu menipu umatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain. Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya : "Wahai Rasulullah, isteriku sudah dua pun dua orang, tapi aku masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah... ?" keluh lelaki itu. "Kahwinlah lagi," jawab Rasulullah singkat. Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah. Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga. Namun setelah beberapa lama, keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia berasa malu untuk mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap miskin. Dengan berat hati, beliau menemui Rasulullah dan menyampaikan masalahnya. "Wahai Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus aku lakukan? ", adu lelaki itu. "Berkahwinlah lagi,"kata Rasulullah. Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat. Ternyata benarlah segala kata-kata Rasulullah. Ternyata isteri keempatnya ini membawa keberkatan perkahwinan di dalam kehidupannya. Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada ketiga-tiga madunya.

Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Perusahaan industrinya semakin maju dan mampu mencukupi keperluan rumahtangga lelaki itu serta isteri-isterinya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Carilah rezeki dengan menikah" (Riwayat Ibnu Abbas) Firman Allah SWT yang bermaksud: " Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Surah an-Nur : 32) Dengan mengambil iktibar dan teladan dari kisah di atas, Insya Allah jika niat kita ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah, tidak mustahil segala gejala-gejala sosial dapat dihindarkan. Hai insan yang alpa Kehinaan bagi mu Kebanggaan bagi ku..

الثلاثاء، شعبان 05، 1427

Sejarah


Baru-baru ini Universiti Islam Antarabangsa mencipta sejarah apabila mahasiswa dan mahasiswa universiti ini mengadakan perhimpunan aman yang terbesar dalam tempoh 4 tahun kebelakangan ini. Perhimpunan aman [baca; Demonstrasi] ini dibuat adalah untuk melahirkan rasa..... to be continued also




Universiti Putra Malaysia


Hujung minggu lepas, adalah sekelumit kenangan yang tidak dapat aku lupakan apabila bersama-sama dengan teman sebilik, Hafiz Badarulzaman bersiar-siar di Saujana Puchong. Segala kesibukan selaku pelajar undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di tinggalkan di kampus sebentar untuk menikmati dan mentadabbur alam ciptaan Allah di Hutan Simpan Universiti Putra Malaysia sepuas-puasnya. Kenangan kami bersama-sama pelajar-pelajar tahun satu, dua dan tiga, selaku fasilitator mereka menjadikan kami tidak kering gusi apabila membayangkan telatah-telatah mereka yang mencuit naluri. Wajah-wajah mereka jernih dan ceria. Benar. Melihat kepada kanak-kanak kecil menjadikan hati aku tenang. Wajah-wajah kanak-kanak yang tenang tidak menggambarkan yang mereka mempunyai masalah. Mereka belum kenal dunia disekeliling mereka. Mereka tidak ditaklifkan itu dan ini di atas bahu mereka. Sungguh tenang dan ceria bersama kanak-kanak.

Dari kaki bukit, kami mendaki sehingga sampai di air terjun yang amat jernih. Kata Hafiz, inilah kali pertama dia melihat air yang mengalir yang begitu jernih, sehingga nampak pasir-pasir dan ikan di dasarnya. Bagi aku, ini semua adalah keagungan ciptaaan Allah S.W.T dan aku tidak tidaklah begitu "excited" seperti dia kerana di kampung halaman aku juga tidak kurang hebatnya pemandangan-pemandangan ciptaan Rabbul Jalil. Perlanan mendaki mengambil masa 45 minit dan kami mendaki mengikut kumpulan masing-masing. Dua kumpulan Putera dan 1 Kumpulan Puteri. Hafiz menjadi guider kumpulan satu, Aku guider kumpulan dua dan Uncle Zaidi guider kumpulan Puteri

Disamping mendaki, aku kisahkan kepada adik-adik ini tentang kukuasaan Allah, tentang keagungan cintaanNya yang tiada sesiapapun yang mampu menandingi ciptaan Allah .... to be continued

الخميس، رجب 30، 1427

Tahfiz Camp

Tahfiz Camp di Kalumpang Resort..

Pengalaman mengikuti program tahfiz semasa cuti semester 3 lepas meniggalkan 1001 satu pengajaran kepada aku. 1st of all of course ukhuwwah. Kat sini kami batch bawah tahfiz programme dapat berkenalan lebih rapat dengan batch yang atas-atas sambil masing masing bertukar-tukar pengalaman dalam menghafaz dan i'adah Al-Quran.

Apa yang sedikit aku kesalkan ialah, aku hanya sempat i'adah surah ali-Imran sahaja dalam masa tiga hari berada di sini. Aku tidak gunakan seproduktif mungkin masa yang ada kerana asyik bergambar, mandi-manda dan menikmati kesejukan air terjun serta bersembang panjang dengan senior-senior. Mereka pun sama juga macam aku.

الاثنين، رجب 27، 1427

Aku x leh nak ckp... tgk pun bergenang air mata... Sedih... pedih....

Tak dpt bayangkan camna berlaku depan mata....
Bayangkan....

A child trying to save his mom ....?

What probably mom saying to him just before she died..?

What feelings this child could have to the world of liberty from now on..?

well my guess:

The Mother might be trying to say:

Sons grow up, make peace....
n give your heart to your religion...
understand don't make it simple...
u will find the harmony in your life...
don't cryI know u are strong...
mom will smile and always looking at u...

Close your eyes for moment, make dua with heart, sure there will be somebody whose dua will be helpful...

Wassalaam




الخميس، رجب 23، 1427

Tentera tebaik dunia

Seorang mantan Jeneral Tentera Jerman menegaskan bahawa Israel tewas di tangan Hizbullah Lubnan kerana memandang rendah terhadap kemampuan pejuang-pejuang Hizbullah dan pasukan Mosad Israel gagal mengenalpasti kemampuan sebenar mereka serta gagal mengesan dengan tepat lokasi markas-markas pejuang Hizbulllah.

Jeneral Jerman ini menambah lagi, kesalahan terbesar Israel adalah pada ketua operasi Israel yang yakin bahawa hanya cukup dengan serangan udara maka Hizbullah dapat ditundukkan. Padahal strategi perang ini di masa sekarang sudah dibuktikan gagal. Sehinggakan Israel kini sudah kehilangan legendanya selama ini sebagai tentara terbaik di dunia. Dengan perang konvensional Israel tidak mungkin menang melawan Hizbullah selama-lamanya.

الاثنين، رجب 20، 1427

Mimpi Ngeri

11.45 malam. Satu mimpi buruk telah aku alami. Sungguh mendebarkan jantungku dan menyebabkan lidah serta bibir-bibirku terketar-ketar ketakutan.

Apabila aku tersedar dari mimpi itu aku dapati kedua bibirku sedang bergerak-gerak menghabiskan ayat terakhir surah At-Taubah. Aku beristighfar banyak-banyak kepada Allah. Lantas bangkit dari katil lalu duduk di kerusi, dan pengalaman mimpi tadi ku tulis ke helaian-helaian diari. Ada sedikit keluarbiasaan dengan mimpi ini. Bukan untuk menceritakan mimpi ni kepada orang tetapi seolah-olah di dalam hati ini kuat mengatakan bahawa, akan ada sesuatu yang bakal terjadi kepada hidupku. Apakah benda khurafat yang makhluk itu ingatkan? Aku cuba untuk memuhasabah diri. Aku akan koreksi diri ini tetapi menolak dakwan dalam mimpi itu bahawa aku dan sahabat-sahabat sedang jauh dari jalan Allah. Bahkan, aku tenang dengan keadaan diri aku sekarang. Sentiasa berbicara dengan Al-Quran, membuang perkara-perkara yang sia-sia dalam hidup dan tidak terlibat sedikitpun dengan perempuan.

Tambahan : Akhirnya aku temui apakah maksud perkara khurafat itu: aku mengambil ringan terhadap satu perintah Allah dan Sunnah Rasul. Mungkin disebabkan perkara ini, perasan ubudiyyah dan ketauhidan kepada Allah tidak meningkat walaupun aku mengaku apa yang aku lakukan, semuanya untuk Islam.

Kesannya, iman tidak bertambah bahkan akan berkurangan dan hanya mendapat kepenatan dan kelelahan lantaran elemen ubudiayyah tidak terterap ke dalam gerak kerja dan laku kita. Na’uzubillahi min zalik.

Wallaa’lam.

Klinik Ortopedik Hospital Kuala Lumpur


Hari ini aku kena marah dengan doctor. Sepatutnya aku datang appoinment dan x-ray 2 minggu lepas tapi hari ini baru pergi jumpa.

Adikku Muein Syariatillah Bin Hanafi

Buat adik Along, Muein Syariatillah Bin Hanafi,
Selamat Hari Lahir Along Ucapkan. Along sayang Muein dan Along doakan Muein akan sedar suatu hari nanti yang sebenarnya Along tidak pernah mendiskriminasi Muein dengan adik- adik yang lain. Along sentiasa memikirkan cara mentarbiah adik Along yang special ni. Muein tidak macam ni dahulu. Semasa Muein kecil sehingga tingkatan dua, Mueinlah tempat Along berkongsi kisah-kisah kehidupan Along di asrama. Segala kenangan-kenangan bersama Muein seolah baru semalam berlalu. Sehinggakan kenangan itu membuatkan kenakanlan-kenakalan Muien sekarang tidak wujud di dalam hati Along. Terlampau memikirkan Muein dan adik-adik yang lain membuatkan Along akan jadi cepat melenting bila Muein membuat sesuatu yang tidak cocok pada pandangan Along. Akhir sekali Along berjanji akan cuma memahami Muein dan berusaha untuk menjadi abang yang terbaik untuk Muein. Cuma, Muein kena janji dengan Along dua perkara sahaja. Muien tidak akan meninggalkan solat dan tidak mengambil ringan solat Muien dan Muein bacalah Al-Quran paling kurang 2 baris sehari. Masa yang sekelumit cuma tidak mengizinkan along meluahkan segala-galanya kepada Muien.
Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

الجمعة، رجب 17، 1427

PREXIS

Akhirnya newsletter kedua Presidential Secretariat Lawsoc telah diterbitkan. Sedikit bangga sebab newsletter ini telah diedarkan kepada semua perwakilan-perwakilan mahasiwa undang-undang yang menghadiri Kolokium Mahasiswa Undang-Undang Nasional (KOSMOS) Hari Sabtu lepas. Sebenarnya sudah lama newsletter ini siap, cuma terperap di dalam komputer kerana sebab-sebab tertentu.

Selepas ini editorial board Pres. Secretariat bukan lagi untuk one man shows. Aku perlu menetapkan satu tarikh untuk membuat 1st meeting dengan committees yang lain as soon as possible.






halaman utama
klik kanan untuk baca

الأربعاء، رجب 15، 1427

الثلاثاء، رجب 14، 1427

THE QUINTESSENSE


Newsletter edisi pertama yang saya buat untuk presidential secretariat Law Students' Society. Thanks to Hafiz Badaruzzaman, Vice President (1) LAWSOC, selaku penasihat editorial board kerana banyak membantu di dalam pembikinan newsletter ini.

Nama The Quintessense ini sengaja dipilih kerana bukan calang-calang kamus yang menyediakan maksud kepada perkataan tersebut. Rata-rata target group ( 1st year 1st sem students) tertanya-tanya maksud "Quintessense" tersebut. Quintessense adalah simillar meaning to paradigm.

Pada muka pertama newsletter ini adalah laporan berkenaan pertukaran management staff AIKOL. Ramai tidak tahu ratio behind the changes made by IIU. Tapi melalui sumber yang boleh dipercayai, Mereka yang dilantik adalah pegawai-pegawai yang ..... Tuuuuuuuuuut. ( Sensored)

Halaman kedua menceritakan sedikit biodata pensyarah-pensyarah yang baru dan lama yang menjadi peneraju AIKOL. Halaman ketiga newsletter adalah ruangan untuk AIKOL Fiesta dan Welfare Secretariat serta artikel berkenaan sistem kehakiman yang meragukan. Lastly 4th page is about some previous programmes organized by LAWSOC.

Alhamdulillah sekarang saya sedang menyiapkan 3rd Newsletter.