الاثنين، أغسطس ١٤، ٢٠٠٦

Mimpi Ngeri

11.45 malam. Satu mimpi buruk telah aku alami. Sungguh mendebarkan jantungku dan menyebabkan lidah serta bibir-bibirku terketar-ketar ketakutan.

Apabila aku tersedar dari mimpi itu aku dapati kedua bibirku sedang bergerak-gerak menghabiskan ayat terakhir surah At-Taubah. Aku beristighfar banyak-banyak kepada Allah. Lantas bangkit dari katil lalu duduk di kerusi, dan pengalaman mimpi tadi ku tulis ke helaian-helaian diari. Ada sedikit keluarbiasaan dengan mimpi ini. Bukan untuk menceritakan mimpi ni kepada orang tetapi seolah-olah di dalam hati ini kuat mengatakan bahawa, akan ada sesuatu yang bakal terjadi kepada hidupku. Apakah benda khurafat yang makhluk itu ingatkan? Aku cuba untuk memuhasabah diri. Aku akan koreksi diri ini tetapi menolak dakwan dalam mimpi itu bahawa aku dan sahabat-sahabat sedang jauh dari jalan Allah. Bahkan, aku tenang dengan keadaan diri aku sekarang. Sentiasa berbicara dengan Al-Quran, membuang perkara-perkara yang sia-sia dalam hidup dan tidak terlibat sedikitpun dengan perempuan.

Tambahan : Akhirnya aku temui apakah maksud perkara khurafat itu: aku mengambil ringan terhadap satu perintah Allah dan Sunnah Rasul. Mungkin disebabkan perkara ini, perasan ubudiyyah dan ketauhidan kepada Allah tidak meningkat walaupun aku mengaku apa yang aku lakukan, semuanya untuk Islam.

Kesannya, iman tidak bertambah bahkan akan berkurangan dan hanya mendapat kepenatan dan kelelahan lantaran elemen ubudiayyah tidak terterap ke dalam gerak kerja dan laku kita. Na’uzubillahi min zalik.

Wallaa’lam.

ليست هناك تعليقات: