الجمعة، سبتمبر ٢٩، ٢٠٠٦
AL-FATIHAH BUAT AYAHANDA USTAZ ABDUL RAHMAN HUSIN
Innalillahi wainna ilaihi raajiuun.Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.
kematian orang biasa, tiadalah dirasakan oleh kita semua..
tetapi yang meninggal itu seorang ulama, maka kita kehilangan sebutir bintang di langit zaman.
kami dikejutkan oleh berita kematian Ayahanda Ustaz Abdul Rahman Husin pada 3 Ramadhan 1427H jam 4.00 petang. Ketika itu ana sedang menduduki test 2 QH 3.
Ana mengetahui berita sedih kematian ini, setelah menerima SMS daripada Abang Shah.
Ayahanda Ustaz Abdul Rahman bukan sahaja menjadi kekaguman ana, tetapi merupakan orang yang dekat dengan ana kerana anaknya, Nasir Jamajuddin ialah sahabat baik merangkap naqib partner ana untuk usrah adik-adik first year. Takziah buat Nasir. Semoga Nasir tabah dengan dugaan ini. Ingatlah firman Allah. "Kullu nafsin dza-uqatul maut..."
Bersama-sama sahabat-sahabat yang lain kami merancang untuk ke Kelantan bagi melawat Nasir sekeluarga. Akhirnya kami nekad untuk ponteng kelas pada hari rabu 27/8/06 untuk naik ke Kelantan dan menghadiri upacara pengkebumian Arwah disamping menziarahi Nasir.
Ayahanda Ustaz Abdul Rahman Husin....
Beliau adalah Presiden Persatuan Falak Syarie Malaysia.
seorang ulama' dan alim dalam bidang astronomi .
jika kita lihat imsakiah Ramadhan dan jadual waktu solat biasanya ada tercatat nama beliau di bawah. Inilah jasa beliau kepada kita yang tidak kita sedar.
Allahyarham sukar dicari ganti, ibarat 100 ekor unta, nak cari seekor yang boleh muat barang (belakang yang agak baik) amat sukar sekali.
Semoga nasir akan terus bergiat aktif dalam harakah dan mewarisi perjuangan Islam yang dibawa oleh ayahandanya.
Semoga ruh Allahyarham di tempat sewajarnya bersama mursalin, anbia, syuhada, siddiqin dan solihin.
Al-Fatihah.. .
الاشتراك في:
تعليقات الرسالة (Atom)
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق