الأحد، جمادى الأولى ١٥، ١٤٣٠

Bukti Umno Perosak Institusi Masjid di Johor


Ini adalah maklumat dari berita harian berhubung campur tangan Umno bahagian dalam mencalonkan dan mengesahkan ahli jawatankuasa masjid dan surau. Di Johor kebanyakan Masjid dan surau terlalu lesu dengan fungsi dan peranannya sebagai tempat penghubung silaturrahim dan ibadah umat Islam.

Umno telah menjadikan masjid sebagai tempat menghulurkan bantuan kepada rakyat atas nama Umno sedangkan wang masjid digunakan untuk menjayakan program mereka. Dimana puak-puak Umno ini solat sebenarnya, sedangkan kita banyak mendengar rungutan dari ahli-ahli kariah masjid dan surau tentang pengerusi dan jawatankuasa lantikan dan disahkan Umno sendiri tidak solat di masjid.

Macam-macam alasan diberikan, inilah juga satu punca kebekuan minda orang Islam dan orang melayu yang sangat terserlah dengan karatnya hati biru mereka...

Johor: Kariah Masjid Ungku Tun Aminah keliru

Oleh Johan Afandi johan@bharian. com.my

Jawatankuasa dilantik tidak mendapat pengesahan, diragui

JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Johor (JAJ) dan Pejabat Agama Islam daerah ini, diminta segera mengeluarkan keputusan berhubung status Jawatankuasa Masjid Ungku Tun Aminah, Kampung Pasir di sini, bagi mengelak kekeliruan di kalangan kariah masjid berkenaan.

Pengerusi Surau Al Amin di Jalan Limau Bali, Kampung Pasir, Ahmad Abdullah, berkata ia kerana jawatankuasa masjid berkenaan yang ada kini, tidak mendapat pengesahan daripada Umno bahagian Pulai, sekali gus menyebabkan statusnya diragui.
"Mengikut Panduan Pelantikan Jawatankuasa Masjid dan Surau yang dikeluarkan JAJ untuk sesi 2008-2010, pelantikan jawatankuasa perlu mendapat pengesahan Umno bahagian, tetapi jawatankuasa masjid ini, yang sedia ada tidak mendapat pengesahan menyebabkan berlaku salah guna kuasa di masjid berkenaan hingga menimbulkan kekeliruan di kalangan kariahnya," katanya yang datang ke pejabat Berita Harian di sini, semalam.

Ahmad berkata, beliau sudah beberapa kali menghantar surat kepada pihak atasan JAJ dan Pejabat Agama Islam daerah ini, bagi mendapatkan status sebenar jawatankuasa masjid berkenaan, tetapi tidak dilayan.

Katanya, beliau hairan dengan tindakan berkenaan disebabkan daripada senarai Jawatankuasa Masjid Ungku Tun Aminah, Kampung Pasir yang diperoleh daripada Umno bahagian Pulai, semua nama jawatankuasanya tidak dilantik dalam jawatankuasa yang sedia ada.
"Bagaimana ini, boleh berlaku? Sedangkan, arahan untuk mengguna pakai senarai jawatankuasa yang dikeluarkan Umno bahagian dikeluarkan sendiri Menteri Besar pada Mesyuarat Exco pada 2007 hingga menyebabkan JAJ mengeluarkan panduan berkenaan.

"Malah, Perkara 11 dalam panduan berkenaan, jelas menggariskan bahawa pelantikan jawatankuasa masjid perlu mendapat pengesahan daripada Umno bahagian kawasan masjid berkenaan," katanya.

Ahmad berkata, tindakan membelakangkan kuasa Ketua Umno bahagian jelas tidak menghormati masyarakat setempat kerana beliau dipilih golongan akar umbi di kawasan Kampung Pasir.

* Tulisan warna merah adalah garis panduan/undang- undang jakun Jabatan Agama Johor yang mengikut telunjuk Umno

Sumber : Jundullah - Berita Hairan

ليست هناك تعليقات: