الاثنين، شعبان 21، 1428

Adiputra


Dr. Rahmah suatu hari menelefonku, diajaknya untuk membaca Yasin di rumah Adiputra yang menjadi sebutan satu Malaysia. Siapa sebenarnya Adiputra? seorang budak kecil yang dikatakan genius matematik itu. Mampu menyelesaikan masalah-masalah ilmu hisab dari 1+1 = 2 sehingga kepada masalah-masalah matematik yang hanya dapat diselesaikan oleh para bijak-pandai dan profesor-profesor. Bagi Aku tidak ada apa yang "impress" pun. Sememangnya satu perkara yang tidak mustahil apabila seorang budak dari kecil lagi disuap dengan angka-angka dan matematik menjadi seornag yang hebat matematik.

TETAPI setelah bersua muka dan mengenalinya buat pertama kali, Paradigma pemikiranku berubah. Sesunggahnya beliau seorang yang istimewa. Keistimewaannya sukar untuk diungkapkan. Aku kagum apabila melihat pemikiran dan pandangan beliau jauh lebih advance dari kanak-kanak yang sebaya dengan beliau. Tidak melampau untuk sahabat aku katakan bahawa pemikiran istemewa yang ada pada Adiputra sehebat pemikiran orang dewasa.

Panjang untuk dinukilkan pengalaman aku dan sahabat-sahabat bersama-sama dengan
Adiputra menziarahi dan membaca Yasin di Rumah Adik Nurin yang kini masih hilang entah ke mana. Aku yakin dan optimis tidak lama lagi adik Nurin. Ya. Seyakin dan seoptimis adik Adiputra.

Ala kulli hal, dari banyak-banyak pengalaman itu, Seperkara yang boleh aku kongsi ialah Satu nasihat yang tidak akan selama-lamanya diberikan oleh mana-mana budak kecil berumur 10 tahun selain adik Adiputra. Nasihat yang ditujukan kepada kami berlapan malam itu.

" AL-Hafiz kalau boleh, bila baca Al-Quran di hadapan orang lain kena baca sambil tengok Mushaf. Takut-takut timbul perasaan riak". Na'uzubillahi min zalik.

هناك تعليقان (2):

izzahUlfah يقول...

erm..Adiputra ni hafaz Qur'an tak? hopefully dia pun boleh jd seorg hafiz..pernah tgk si adik pintar ni dlm Astro, menghafaz 20 angka dlm masa yg singkat huhu. so tak mustahil dia blh hafaz al-Qur'an kalau parents dia galakkan..betul tak? =)

CahayaMata KemuliaanAgama يقول...

bakal peguam jumpa dia kat mana? best jugak ye dpt peluang gitu.