الخميس، سبتمبر ١٣، ٢٠٠٧

ERTI RAMADHAN BUAT MUSLIM SELATAN THAILAND

Kehadiran Ramadhan tahun 2007 memberi peluang kepada umat Islam di seluruh dunia untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dengan ibadah puasa pada siangnya, solat sunat tarawikh serta berqiamullail pada sebelah malamnya. Bulan turunnya Al-Quran ini disambut dengan suasana meriah di seluruh Negara dan bulan ini digelar bulan pesta ibadah.

Namun bagi Penduduk Islam di selatan Thailand, kemeriahan menyambut kehadiran bulan pesta ibadah ini hambar kerana tidak ada bezanya dengan bulan-bulan yang lain. Pembunuhan kejam, pengeboman, pemotongan bekalan eletrik, penutupan 1000 buah sekolah, kejadian rogol dan berbagai-bagai lagi penindasan tetap dilakukan terhadap masyarakat Islam oleh pihak yang terbabit malahan waktu berkurung pada waktu malam juga menyulitkan umat islam untuk mengecapi kemanisan solat sunat tarawikh secara berjemaah. Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita mengingati saudara mara kita yang mengharungi kehidupan yang getir dibawah pemerintahan Kejam Thailand ini .

Setiap hari Pembunuhan demi pembunuhan dan pengeboman sentiasa berlaku di kebanyakan kampung sekitar Selatan Thailand khususnya di 3 buah daerah majoriti umat Islam iaitu Yala, Patani dan Narathiwat. Bulan rejab yang telah melabuhkan tirai telah menyaksikan darah umat Islam mengalir deras melimpahi bumi Thailand. Terbaru 2 penduduk Islam di sebuah kampung di Daerah Yala terbunuh dalam satu serangan pada awal pagi pada hari pengisytiharan 1 Ramadhan di Selatan Thailand dan kawasan sekitar.

Sama nasib malang dengan masyarakat Palestin, perbincangan dan diplomasi terus menerus dilaporkan di dada-dada akhbar tempatan mahupun luar negara tetapi satupun tidak memberi kesan kepada proses damai dan tidak menjanjikan keamanan untuk umat Islam di Selatan Thailand, kekejaman tentera Thailand tetap tidak berperi kemanusiaan.

Bezanya cuma masyarakat Palestin mendapat simpati dan bantuan dari umat Islam seluruh dunia dan setidak-tidaknya bangsa Arab mengiktiraf perjuangan di Palestin menentang pencerobohan Yahudi sebagai perjuangan bangsa Arab. Justeru bangsa Arab seluruhnya menghulurkan bantuan kebajikan kepada masyarakat Palestin. Walaupun mereka di bawah telunjuk Amerika Syarikat tetapi mereka tetap tidak tinggalkan Palestin bersendirian. Berlainan halnya dengan bangsa Melayu, perjuangan saudara-saudara mereka di tanah yang dijajah Siam ini tidak dianggap sebagai perjuangan bangsa dan agama oleh bangsa Melayu. Mereka Tidak menganggap masalah Melayu Thailand adalah masalah umat Melayu. Inilah kekecewaan yang dirasai di sudut hati masyarakat Melayu Selatan Thai kerana mereka tidak nampak sebarang bantuan dihulurkan dari masyakat melayu sekeliling.

Tambah menyedihkan lagi Isu Selatan Thailand ini tidak menjadi fokus utama dan agenda penting oleh mana-mana pertubuhan termasuk Asean dan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) hingga ke hari ini, malah campur tangan kerajaan Malaysia dalam menangani krisis di sana tidak membuahkan sebarang hasil setakat ini.

Sempena dengan kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menggesa Kerajaan Malaysia selaku ahli OIC dan ahli Asean memikirkan kaedah untuk menghantar bekalan makanan ke Yala dan bantuan-bantuan asasi lain. Pergolakan yang berlalu di sana menyebabkan penduduk Islam terkepung dan tidak dapat keluar untuk mendapatkan bekalan makanan, justeru setakat ini Malaysia selaku negara jiran terdekat dengan kawasan konflik perlulah memikirkan kaedah untuk menyelesaikan masalah terputus bekalan makanan di sana.

Sehingga kini, angka kematian dilaporkan melebihi 2,500 dengan kebanyakan kematian membabitkan tiga wilayah Melayu yang dijajah oleh Thailand sejak kebangkitan masyarakat Melayu tercetus pada Januari 2004.

Sempena dengan kehadiran Ramadhan ini juga, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyeru semua umat Islam menghayati tangisan penderitaan dan jeritan meminta tolong dari saudara seaqidah di Selatan Thailand. Di dalam al-Quran, Allah mengarahkan manusia supaya membantu orang-orang miskin, mereka yang dihalau dari rumah, mereka yang ditindas dan juga mereka yang memerlukan dan ia menjadi satu tugas bagi setiap umat Islam khususnya di Malaysia untuk memberikan bantuan kepada mereka yang dizalimi, dianinyaya dan melarikan diri kerana dihalau dari negeri yang dijajah ini. Contoh-contoh pertolongan ini telah diberitahu di dalam al-Quran: 59:8-9

8. (juga) bagi orang fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (karena) mencari karunia dari Allah dan keridhaan-Nya dan mereka menolong Allah dan RasulNya. mereka Itulah orang-orang yang benar.
9. Dan orang-orang yang Telah menempati kota Madinah dan Telah beriman (Anshor) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Anshor) 'mencintai' orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka Itulah orang orang yang beruntung.

Akhirnya, sekali lagi, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) ingin melahirkan rasa sangat prihatin dan simpati terhadap nasib umat Islam negeri yang dijajahi Siam ini dan GAMIS Menyeru rakyat Malaysia khususnya golongan mahasiswa untuk lebih prihatin dan sensitif kepada isu yang berlaku saban hari ke atas umat Islam Selatan Thailand.

Hawari Hanafi
Ketua Sekretariat Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa
GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SEMALAYSIA.

الاثنين، سبتمبر ٠٣، ٢٠٠٧

Adiputra


Dr. Rahmah suatu hari menelefonku, diajaknya untuk membaca Yasin di rumah Adiputra yang menjadi sebutan satu Malaysia. Siapa sebenarnya Adiputra? seorang budak kecil yang dikatakan genius matematik itu. Mampu menyelesaikan masalah-masalah ilmu hisab dari 1+1 = 2 sehingga kepada masalah-masalah matematik yang hanya dapat diselesaikan oleh para bijak-pandai dan profesor-profesor. Bagi Aku tidak ada apa yang "impress" pun. Sememangnya satu perkara yang tidak mustahil apabila seorang budak dari kecil lagi disuap dengan angka-angka dan matematik menjadi seornag yang hebat matematik.

TETAPI setelah bersua muka dan mengenalinya buat pertama kali, Paradigma pemikiranku berubah. Sesunggahnya beliau seorang yang istimewa. Keistimewaannya sukar untuk diungkapkan. Aku kagum apabila melihat pemikiran dan pandangan beliau jauh lebih advance dari kanak-kanak yang sebaya dengan beliau. Tidak melampau untuk sahabat aku katakan bahawa pemikiran istemewa yang ada pada Adiputra sehebat pemikiran orang dewasa.

Panjang untuk dinukilkan pengalaman aku dan sahabat-sahabat bersama-sama dengan
Adiputra menziarahi dan membaca Yasin di Rumah Adik Nurin yang kini masih hilang entah ke mana. Aku yakin dan optimis tidak lama lagi adik Nurin. Ya. Seyakin dan seoptimis adik Adiputra.

Ala kulli hal, dari banyak-banyak pengalaman itu, Seperkara yang boleh aku kongsi ialah Satu nasihat yang tidak akan selama-lamanya diberikan oleh mana-mana budak kecil berumur 10 tahun selain adik Adiputra. Nasihat yang ditujukan kepada kami berlapan malam itu.

" AL-Hafiz kalau boleh, bila baca Al-Quran di hadapan orang lain kena baca sambil tengok Mushaf. Takut-takut timbul perasaan riak". Na'uzubillahi min zalik.