الاثنين، أكتوبر ٠٢، ٢٠٠٦

With Love Comoros


Hari ini aku diberikan oleh Allah satu kesempatan untuk mengenali seorang guru yang banyak memberikan mutiara-mutiara ilmu untuk dimasukkan ke dalam hati aku. Beliau juga banyak berkongsi ilmu dan pengalaman. Guru ini namanya Ibrahim. Setelah aku selesai i'adah juzu' 19, dia duduk di tepi lalu bersama-sama memerhatikan matahari terbenam sambil menunggu azan dilaungkan untuk kami sama-sama mengakhiri kewajiban berpuasa. Banyak falsafah-falsafah yang dilontarkan beliau berkenaan kekuasaan Allah.

Ibrahim, dari Comoros adalah pelajar sarjana Pentadbiran Ekonomi. Beliau berumur 30 tahun. Mempunyai seorang isteri dan 3 cahaya mata. Sambil berbual bual di dalam bahasa Arab, kami bertukar-tukar pengetahuan tentang budaya bangsa.

Hari ini aku dapat banyak ilmu tentang Comoros atau di dalam bahasa Arabnya disebut juzrul Qamar. Kepulauan Comoros didiami oleh pelbagai bangsa yang datang dari seluruh dunia. Terbanyak adalah dari pesisir pantai di benua afrika. Ada juga yang berimigrasi dari iraq dan iran, dari indonesia dan lain-lain lagi.

Bahasa rasmi Comoros ialah bahasa Arab. Manakala Bahasa perancis adalah bahasa kedua kepulauan tersebut. Beliau sungguh bermurah hati untuk mengjarkan beberapa patah perkataan di dalam bahasa Perancis. Comoros adalah negara Federal Republik dan mempunyai Presiden. Presiden comoros bernama Ahmad Abdallah.

Setakat ini dahulu pengenalan untuk negara Comoros, kalau aku jumpa akh Ibrahim lagi, aku akan tanya banyak lagi tentang sejarah Comoros dan memintanya untuk mengajarku bahasa Perancis bila ada masa terluang.

ليست هناك تعليقات: