الخميس، أغسطس ١٨، ٢٠٠٥
Bangau yang menjadi pedoman
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratan waridhwanuh.
Semoga sahabat sekalian sihat wal afiat selalu. Ukhuwwah memainkan peranan yang cukup berharga dalam menjadikan kalimah Allah tertegak dimuka bumi ini.
Ingat tak hari itu cerita tentang sekumpulan burung bangau yang terbang di udara. Apabila mereka terbang, mereka akan terbang dengan formasi berbentuk V. Yang paling banyak mengalami keletihan ialah bangau yang berada di bahagian paling hadapan sekali disebabkan oleh rintangan angin yang berat.
Bila bangau ini terasa letih, ia akan berundur ke belakang sekali dan yang di belakang akan mara kedepan dan begitulah seterusnya sehingga mereka sampai ke destinasi.
Apabila berlaku kes salah seekor burung bangau dalam kumpulan tersebut ditembak dan jatuh ke tanah, bangau-bangau yang lain akan meneruskan juga penerbangan ke destinasi tanpa menghiraukan burung yang jatuh ditembak tadi. walaubagaimanapun, akan ada sekurang-kurangnya tiga ekor bangau yang akan terbang turun ke tempat jatuhnya burung bangau yang ditembak tadi dan menjaga dan menuggu bangau tersebut sehinggalah bangau itu menghembuskan nafas yang terakhir, dan barulah mereka bertiga terbang menyaingi kumpulan bangau yang utama tadi.
Daripada kisah diatas saya telah dapat menyenaraikan 20 pengajaran untuk diaplikasikan didalam kumpulan kita ini. Cuma pada masa yang singkap ini saya hanya ingin berkongsi satu kesimpulan sahaja yang boleh dikaitkan dengan mana-mana sahabat yang telah menyepi dari kita ataupun secara terang-terangan menyatakan perkataan "Al-mutasaqit".
Banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu gugur antaranya masalah hati seperti yang berlaku kepada salah seorang sahabat kita. Mahu tidak mahu kita terpaksa andaikan masalahnya berpunca dari kita sendiri. Jangan berbicara lebih-lebihan terhadap sahabat yang lari itu kerana Allah maha mengetahui akhirnya siapa yang akan kekal diatas jalan dakwah ini. Entah-entah yang akan gugur ialah saya yang membicarakan tentang gejala keguguran ini dan yang akan kekal ialah sahabat yang melarikan diri itu.
Justeru strategi harus disusun seperti kisah bangau yang injured diatas agar sahabat kita itu akan sedar kembali jika dia berada dalam keadaan tidak sedar. Pentingnya diatur strategi di dalam masalah ini untuk tidak membazir, masa, tenaga, emosi dan perasaan kita semua serta yang paling utama ialah keberkesanan cara kita membantu sahabat yang berkenaan.
Sememangnya gejala keguguran ahli gerakan itu adalah satu perkara yang besar kerana ia akan melibatkan kita dan kumpulan dari segala segi keselamatan, melambatkan kemenangan, ukhuwwah, masalah hati dan sebagainya. Justeru itu, modul-modul secara praktikal harus disusun untuk mengangani masalah ini. berjayanya modul ini akan memberi kredit kepada kumpulan kita dan seterusnya modul ini akan dapat digunapakai dilain-lain waktu untuk menangani isu keciciran ini sekiranya berlaku kepada orang lain pula. Jadi kita lakukan ujian keberkesanan modul ini kepada sahabat kita ini.
Secara ikhlasnya tidak tergambar lagi cara-cara yang berkesan untuk diaplikasikan kepada sahabat kita itu, harapan saya kita dapat sama-sama merancang strategi untuk mendekati sahabat kita itu. Sekarang kita harus serius dalam menyelesaikan permasalahan ini.
الاشتراك في:
تعليقات الرسالة (Atom)
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق