الخميس، رمضان ٠١، ١٤٢٨

ERTI RAMADHAN BUAT MUSLIM SELATAN THAILAND

Kehadiran Ramadhan tahun 2007 memberi peluang kepada umat Islam di seluruh dunia untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dengan ibadah puasa pada siangnya, solat sunat tarawikh serta berqiamullail pada sebelah malamnya. Bulan turunnya Al-Quran ini disambut dengan suasana meriah di seluruh Negara dan bulan ini digelar bulan pesta ibadah.

Namun bagi Penduduk Islam di selatan Thailand, kemeriahan menyambut kehadiran bulan pesta ibadah ini hambar kerana tidak ada bezanya dengan bulan-bulan yang lain. Pembunuhan kejam, pengeboman, pemotongan bekalan eletrik, penutupan 1000 buah sekolah, kejadian rogol dan berbagai-bagai lagi penindasan tetap dilakukan terhadap masyarakat Islam oleh pihak yang terbabit malahan waktu berkurung pada waktu malam juga menyulitkan umat islam untuk mengecapi kemanisan solat sunat tarawikh secara berjemaah. Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita mengingati saudara mara kita yang mengharungi kehidupan yang getir dibawah pemerintahan Kejam Thailand ini .

Setiap hari Pembunuhan demi pembunuhan dan pengeboman sentiasa berlaku di kebanyakan kampung sekitar Selatan Thailand khususnya di 3 buah daerah majoriti umat Islam iaitu Yala, Patani dan Narathiwat. Bulan rejab yang telah melabuhkan tirai telah menyaksikan darah umat Islam mengalir deras melimpahi bumi Thailand. Terbaru 2 penduduk Islam di sebuah kampung di Daerah Yala terbunuh dalam satu serangan pada awal pagi pada hari pengisytiharan 1 Ramadhan di Selatan Thailand dan kawasan sekitar.

Sama nasib malang dengan masyarakat Palestin, perbincangan dan diplomasi terus menerus dilaporkan di dada-dada akhbar tempatan mahupun luar negara tetapi satupun tidak memberi kesan kepada proses damai dan tidak menjanjikan keamanan untuk umat Islam di Selatan Thailand, kekejaman tentera Thailand tetap tidak berperi kemanusiaan.

Bezanya cuma masyarakat Palestin mendapat simpati dan bantuan dari umat Islam seluruh dunia dan setidak-tidaknya bangsa Arab mengiktiraf perjuangan di Palestin menentang pencerobohan Yahudi sebagai perjuangan bangsa Arab. Justeru bangsa Arab seluruhnya menghulurkan bantuan kebajikan kepada masyarakat Palestin. Walaupun mereka di bawah telunjuk Amerika Syarikat tetapi mereka tetap tidak tinggalkan Palestin bersendirian. Berlainan halnya dengan bangsa Melayu, perjuangan saudara-saudara mereka di tanah yang dijajah Siam ini tidak dianggap sebagai perjuangan bangsa dan agama oleh bangsa Melayu. Mereka Tidak menganggap masalah Melayu Thailand adalah masalah umat Melayu. Inilah kekecewaan yang dirasai di sudut hati masyarakat Melayu Selatan Thai kerana mereka tidak nampak sebarang bantuan dihulurkan dari masyakat melayu sekeliling.

Tambah menyedihkan lagi Isu Selatan Thailand ini tidak menjadi fokus utama dan agenda penting oleh mana-mana pertubuhan termasuk Asean dan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) hingga ke hari ini, malah campur tangan kerajaan Malaysia dalam menangani krisis di sana tidak membuahkan sebarang hasil setakat ini.

Sempena dengan kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menggesa Kerajaan Malaysia selaku ahli OIC dan ahli Asean memikirkan kaedah untuk menghantar bekalan makanan ke Yala dan bantuan-bantuan asasi lain. Pergolakan yang berlalu di sana menyebabkan penduduk Islam terkepung dan tidak dapat keluar untuk mendapatkan bekalan makanan, justeru setakat ini Malaysia selaku negara jiran terdekat dengan kawasan konflik perlulah memikirkan kaedah untuk menyelesaikan masalah terputus bekalan makanan di sana.

Sehingga kini, angka kematian dilaporkan melebihi 2,500 dengan kebanyakan kematian membabitkan tiga wilayah Melayu yang dijajah oleh Thailand sejak kebangkitan masyarakat Melayu tercetus pada Januari 2004.

Sempena dengan kehadiran Ramadhan ini juga, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyeru semua umat Islam menghayati tangisan penderitaan dan jeritan meminta tolong dari saudara seaqidah di Selatan Thailand. Di dalam al-Quran, Allah mengarahkan manusia supaya membantu orang-orang miskin, mereka yang dihalau dari rumah, mereka yang ditindas dan juga mereka yang memerlukan dan ia menjadi satu tugas bagi setiap umat Islam khususnya di Malaysia untuk memberikan bantuan kepada mereka yang dizalimi, dianinyaya dan melarikan diri kerana dihalau dari negeri yang dijajah ini. Contoh-contoh pertolongan ini telah diberitahu di dalam al-Quran: 59:8-9

8. (juga) bagi orang fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (karena) mencari karunia dari Allah dan keridhaan-Nya dan mereka menolong Allah dan RasulNya. mereka Itulah orang-orang yang benar.
9. Dan orang-orang yang Telah menempati kota Madinah dan Telah beriman (Anshor) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Anshor) 'mencintai' orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka Itulah orang orang yang beruntung.

Akhirnya, sekali lagi, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) ingin melahirkan rasa sangat prihatin dan simpati terhadap nasib umat Islam negeri yang dijajahi Siam ini dan GAMIS Menyeru rakyat Malaysia khususnya golongan mahasiswa untuk lebih prihatin dan sensitif kepada isu yang berlaku saban hari ke atas umat Islam Selatan Thailand.

Hawari Hanafi
Ketua Sekretariat Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa
GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SEMALAYSIA.

الاثنين، شعبان ٢١، ١٤٢٨

Adiputra


Dr. Rahmah suatu hari menelefonku, diajaknya untuk membaca Yasin di rumah Adiputra yang menjadi sebutan satu Malaysia. Siapa sebenarnya Adiputra? seorang budak kecil yang dikatakan genius matematik itu. Mampu menyelesaikan masalah-masalah ilmu hisab dari 1+1 = 2 sehingga kepada masalah-masalah matematik yang hanya dapat diselesaikan oleh para bijak-pandai dan profesor-profesor. Bagi Aku tidak ada apa yang "impress" pun. Sememangnya satu perkara yang tidak mustahil apabila seorang budak dari kecil lagi disuap dengan angka-angka dan matematik menjadi seornag yang hebat matematik.

TETAPI setelah bersua muka dan mengenalinya buat pertama kali, Paradigma pemikiranku berubah. Sesunggahnya beliau seorang yang istimewa. Keistimewaannya sukar untuk diungkapkan. Aku kagum apabila melihat pemikiran dan pandangan beliau jauh lebih advance dari kanak-kanak yang sebaya dengan beliau. Tidak melampau untuk sahabat aku katakan bahawa pemikiran istemewa yang ada pada Adiputra sehebat pemikiran orang dewasa.

Panjang untuk dinukilkan pengalaman aku dan sahabat-sahabat bersama-sama dengan
Adiputra menziarahi dan membaca Yasin di Rumah Adik Nurin yang kini masih hilang entah ke mana. Aku yakin dan optimis tidak lama lagi adik Nurin. Ya. Seyakin dan seoptimis adik Adiputra.

Ala kulli hal, dari banyak-banyak pengalaman itu, Seperkara yang boleh aku kongsi ialah Satu nasihat yang tidak akan selama-lamanya diberikan oleh mana-mana budak kecil berumur 10 tahun selain adik Adiputra. Nasihat yang ditujukan kepada kami berlapan malam itu.

" AL-Hafiz kalau boleh, bila baca Al-Quran di hadapan orang lain kena baca sambil tengok Mushaf. Takut-takut timbul perasaan riak". Na'uzubillahi min zalik.

الأربعاء، شعبان ١٦، ١٤٢٨

Buat Sahabatku


Minggu lepas aku terbaca tulisan Nurhidayati Abdul Aziz di akhbar The Star [23 Julai]. Rata-rata pembaca meluahkan kekecewaan dan marah kepada karyanya yang menyalahkan sekolah agama yang dimasuki sebagai punca dia menjadi pelajar yang "pasif". Kebanyakan kekecewaan mereka diluahkan di dalam satu laman web yang terkenal dan tersohor.

Nurhidayati yang aku kenal tidak seperti yang beliau gambarkan kehidupan masa kini beliau. Wallahua'alam kebebasan yang macam mana yang masih dicari-cari selain kebebasan yang telah islam gariskan. Kemerdekaan yang macam mana lagi yang didambakan selain dari kemerdekaan yang telah dibawa oleh Rasulullah. Islam datang membawa manusia dari ke gelapan kepada cahaya, dari menjadi hamba manusia kepada hamba Allah. Umar R.A ketika mahu menerima kunci Baitul Maqdis dari Rom sebagai lambang kemerdekaan dengan katanya :

نَحْنُ قَوْمٌ أَعَزَّنَا اللهُ بِاللإسْلامِ فَمَهْمَا نبَتْغَيِ العِزَّةَ بِغَيْرِمَا أَعَزَّنَا اللهُ أَذَلَّنَا اللهُ

Maksudnya : Kita merupakan suatu bangsa yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Maka selagimana kita mencari kemulian selain menggunakan Islam yang telah memuliakan kita maka selagi itulah kita akan dihina oleh Allah.


Aku sebenarnya bangga bila seorang lepasan SMI Al-Husna berjaya mencipta nama diperingkat nasional dan antarabangsa. Tapi aku dapat rasakan beliau sudah menjadi lupa daratan dan tinggi diri setelah istidraj yang Allah bagi kepadanya. Nau'zubillahiminzalik

Antara kejayaan beliau yang pernah aku ketahui ialah anugerah Bayer Young Environmental Envoys BYEE yang melayakkan beliau untuk mewakili Malaysia ke Jerman. [ The Star 1, Julai]

Apa rasionalnya sekolah agama yang menjadi sebab Nurhidayati kurang kawan dan tidak up to date dengan hiburan, nyanyian dan dunia lakonan masa kini.

Kepada Nurhidayati, Taribah sekolah yang menjadikan anda begitu, Berpijaklah dibumi yang nyata. TARBIAH sekolah kita yang menjadikan anda tidak mengetahui lagu-lagu terkini dan artis-artis hollywood. ALHAMDULILLAH anda TERPELIHARA. amal kebaikan dan AMAL SOLEH yang anda buat dahulu berserta Ayat-ayat Al-quran dan hadith yang dihafaz menjaga anda dari benda-benda yang tidak elok. Dahulu kita sama-sama belajar hadith di hari akhirat kelak allah akan tuang timah yang meneggelegak ke dalam telinga orang yang suka mendengar nyayian. Serta ayat Waiza sami'ul-laqhwa a'radhu anhu.. Apabila (seorang mukmin) mendengar (perkara yang ) sia sia lalu berpaling darinya.

Harap anda tidak terpengaruh dengan kebebasan tanpa had yang dibawa oleh Islam Liberal. Apa yang sekolah ajar kita semuanya betul dan undang-undang yang dibuat semuanya berdasarkan justifikasi-justifikasi yang tidak melampaui syariat (Al-Ghuluw). Anda boleh fikir sendiri.. Wallahua'alam.

Anda mempertikaikan sekolah kita tidak ada radio dan televion. Semua institusi pengajian Al-Quran pun mengharamkan TV dan radio kerana akan melemahkan ingatan pelajar kepada Al-Quran. Samalah seperti sekolah kita.

Walaupun hanya 2 tahun saya belajar di situ, tapi itulah sekolah yang terbaik daripada 8 buah sekolah yang pernah saya masuki. Antara perkara yang paling penting yang kita dapat ilah TARBIAH. Tarbiah yang ada di sekolah kita adalah tarbiah yang terbaik yang pernah saya dan sahabat-sahabat dapat. Tetapi kenapa orang yang sebijak dan sehebat anda tidak nampak perkara ini (Nada kecewa).. Sekolah kita sekolah terbaik. Kita diajar memanah 2 kali sebulan yang tidak ada pun di sekolah-sekolah lain kecuali sekolah-sekolah elit. Mana ada sekolah-sekolah lain yang mengajar pelajar-pelajarnya Equestrian 2 kali sebulan. sikit sahaja sekolah yang memberikan pengisian tazkirah setiap kali lepas maghrib 7 kali seminggu. Mana ada sekolah lain yang mempunyai 10 orang pelajar sekelas yang membolehkan guru-guru memberi tumpuan 100% untuk mentarbiah murid. Mana Sebutlah satu sekolah yang mempunyai kelas public speaking sekali seminngu seperti sekolah kita. Mana ada guru-guru sekolah lain yang se'caring' guru-guru sekolah kita.

3 mutiara paling berharga yang sepatutnya dijumpai oleh sesiapa yang mencarinya di sekolah tersebut pasti akan menjumpainya. Pertama ilah mutiara Akademik, kedua ialah mutiara kemimpinan dan ketiga ialah mutiara Tarbiah. Hanya untuk orang yang mencarinya. Mutiara-mutiara ini jika dijumpai oleh pelajar disitu, mereka akan merasai betapa berharganaya mutiara-mutiara tersebut setelah ke luar dari sekolah.

Kembalilah kepada Al-quran dan sunnah dan hayatilah sedalam-dalamnya.Kalau banyak baca Alqur'an dan hadis serta membaca sirah nabi, mungkin anda akan mengerti erti Taribiah Islam yang sebenarnya..
____________________________________
PELAJAR UIA KUTUK SEKOLAH AGAMANYA

Oleh : Roslan SMS

Saya yakin Allah akan menghadirkan diri Nya dalam apa sahaja bentuk yang Dia inginkan. Saya yakin Dia mahu kita mengenalinya melalui apa sahaja keadah yang selesa dan ceria. Saya yakin pada kebenaran sejagat yang setiap sesuatu bermula dengan kebaikan. Saya yakin saya dapat mengenali dan melihat kehadiran Allah dalam apa ketika sekalipun, dalam titisan air, senyuman rakan yang beragama Kristian, dalam dakapan mesra sun bear.

Deminkianlah hasil nukilan seorang pelajar tahun akhir jurusan biotek alamsekitar UIAM, Kuantan, adik Nurhidayati Abdul Aziz. Tulisan beliau terbit dalam akhbar sisipan The Star, Star Two semalam di bawah tajuk Learning differences di dalam ruangan Young Malaysian Stories sempena ulangtahun ke 50 Kemerdekaan Negara.


Dari lengguk tulisan dan gaya bahsa beliau, kita dapat menangkap betapa adik Nurhidayati ini seorang yang berbakat dan banyak membaca.

Walaubagaimanapun kandungan dan maksud tulisan beliau ini agak menganggu minda saya lalu saya rasa terpanggil untuk berkongsi berkenaannya di sini. Istimewanya penulis ini adalah bahawa beliau mendapat persekolahan menengahnya dari institusi pengajian agama, lebih tepat lagi sekolah menengah agama persendirian. Namun tidak terdapat ruang di dalam penulisan beliau ini untuk memberikan sebarang pujian atau sanjungan terhadap pengalaman persekolahan menengah beliau itu selain merendah dan memperlekehkannya.

Beliau menyalahkan sekolah agama sebagai punca menjadikan beliau seorang remaja yang mudah memberontak walaupun dalam keadaan senyap-senyap. Beliau yakin beliau menjadi demikian kerana di sekolahnya pelajar lelaki dan perempuan dipisahkan, TV dan radio tiada, dan sekolah tidak pernah mengadakan hubungan dengan mana-mana sekolah lain.

Hasilnya beliau kononnya tidak bersedia menghadapi dunia luar dan masyarakat berbilang kaum dan agama.

Tambah belia, kini beliau tidak mengetahui berkenaan lagu-lagu dan artis pujaan terkini mungkin samada kerana perangainya yang suka mengelamun ataupun kekangan sepanjang berada di sekolah agama itu. Lagu Negara ku pun tidak dinyanyikan dan beliau diajar abahwa menyanyi itu tiada dalam agama.

Apakah begitu sekali hasil didikan sekolah agama? Setahu saya beberapa kenalan saya yang berkelulusan persekolahan agama telah berjaya di dalam hidup dan kerjaya masing-masing. Ada yang melangkah sehingga keperingkat masters dan malah Phd dari universiti di negara Barat. Jika benar sekolah menengah agama sebagaimana yang Nurhidayati gambarkan mustahil mereka dari lepasan agama dapat berjaya. Tetapi yang kita tahu dari pejuang kemerdekaan negara sehingga ke para pimpinan, cerdik pandai dan para pegawai di sektor awam dan swasta ramai dari lepasan persekolahan agama. Jangan lupa Prof Zulkifli Muhammad, Prof Ahmad Ibrahim, Prof Dr Harun Din semuanya dari persekolahan agama juga.

Sekolah agama bagi Nurhidayati seolah menutup perkembangan mindanya, tidak memberi peluang beliau bergaul dengan masyarakat majmuk dalam negara dan seolah menyekat kebebasannya. Saya tidak tahu apakah ibu-bapanya membaca tulisan beliau ini? Kerana jika sayalah bapa beliau pasti saya akan merasa kesal dan keciwa dengan beliau. Pasti seorang bapa yang menghantar anaknya ke sekolah sedemikian mahukan yang baik-baik belaka untuk anaknya itu. Dan saya yakin beliau pun tidak akan merasa melangkahkan kaki ke UIA jika tidak kerana persekolahan agamanya itu.

Kata beliau lagi:

I left school and entered a matriculation centre. I realised then how severely confused I was.

Saya meninggalkan sekolah dan menyertai Pusat Matrikulasi. Disanalah saya menyedari betapa terkelirunya saya.

Bagi saya Nurhidayati sememangnya adalah seorang remaja yang terkeliru atau CONFUSED tambahan pula dengan sifat memberontak yang ada dalam jiwanya sebagaimana diakuinya sendiri. Kekeliruannya itulah mengakibatkan beliau melihat sekolah agama lebih sebagai penjara sedangkan kebanyakan yang lain menimba nikmat dan ilmu yang berharga darinya.

To Nurhidayati: I pray that you would eventually turn out to be a successful Muslimah in whatever career you may pursue.

Truly it matters not if you listen to Linkin Park or adore Daniel Radcliffe or likes reading Morrie Schwartz, at the end of the day its the content of your character that counts. And the character of a good practising Muslim is reflected upon his or her total submission to Allas commands at all times.


Dari akhbar thestar


Learning differences

A young Malaysian went from being severely confused to relaxed and happy.

I STOOD in a corner, watching my friends excitedly prying open one durian after another. One friend turned to me and said, “Wouldn’t you like to try one?”

Another friend smiled and retorted, “She’s Melayu celup, she doesn’t eat durian and she wants to marry a British.” I laughed at his comment, but I still gave the durian a pass.


Changed: Books shaped the way Nurhidayati Abdul Aziz thought about, and viewed, the world.
In a way, my friend was right. I adore Jude Law. But I don’t know the latest local chart-topping songs and artistes.

I am uncertain whether my ignorance is because I love to daydream, or stems from a sheltered childhood spent in religious boarding schools.

Unlike my peers in national schools, I did not sing Negaraku every morning. It was perhaps because I was studying in a not-so-pro-government school or because, as implied by my teachers, singing was not considered religious.

I was never a part of the country’s excitement in celebrating National Day; we’d be attending classes. It is just one of the many things that most Malaysian youngsters enjoy that I realised I had missed growing up; like befriending people of different races and religions.

I was a rebellious teenager – quiet but rebellious. In a way, I think it was my response to the limitations inflicted upon me at religious school, where male and female students were segregated, televisions and radios not provided, and no contact with other schools established.

So I “made friends” with books and magazines; I subscribed to youth magazines, highlighting every word I found inspiring and kept them on my desks. I bought books every time I returned home. I built a world I could escape to. Through time, the books slowly shaped the way I thought and viewed the world. They had me thinking and constantly questioning what I had learned and thought was correct.

For instance, we were taught the importance of applying best religious practices, such as donning jubah and tudung labuh for girls. Some students who left the school later opted to wear baju kurung, seluar, or tudung tiga segi, and were frowned upon.

It was puzzling to me how simply being different could warrant such disapproval when I was also taught that my religion encourages love and tolerance not only among Muslims but towards non-Muslims, too.

In addition, my teacher always pointed out how students are susceptible to temptations in the dangerous world out there. At some point, I almost believed that it was safer to stay put in my school, being friends with people of similar views and beliefs.

I left school and entered a matriculation centre. I realised then how severely confused I was. People moved in cliques on campus. But I was alone. I tried to find people similar to me in appearance and thinking, only to receive hushed questions about which political side my parents were supporting.

Above all, I was astounded to receive warm greetings and friendship from colleagues – men and women – who were totally unlike me.

As I went through university, I found out instead how similar I was to other youths, regardless of our upbringing, religion, and race. As I read books, watched films and got to know different people, I was amazed to discover so many great things about others.

I have also been able to experience other aspects of being a Malaysian. I remember being awashed with pride and sadness as I sang Negaraku aloud during orientation.

During my third year, my friends and I stayed up late to watch fireworks on the eve of National Day. I remember being moved to tears as my Chinese friend warmly said, “Bless you!” when I sneezed.

I have also begun to know my country and its people better during my trips to the campus in Pahang, and to my mother’s hometown in Johor.

As one of my close friends observed, it is peculiar and unusual to hear Linkin Park’s Meteroa blaring away in a car driven by a girl in a tudung labuh.

I have gone from being timid and serious, to relaxed and happy. I smile and talk to strangers, joke with friends and am delighted to see Daniel Radcliffe’s picture in the newspaper.

I still have a long way to go but people who were strangers once are now close friends.

I believe God can reveal Himself in any way He desires. I believe He wants us to find Him through ways we are happy and comfortable with. I believe in the universal truth: everything begins as a good thing.

I believe I can learn and see God in every possible moment – the trickle of spring water, the smile of a Christian friend, the embrace of a sun bear. I believe kindness is to be shared with everyone – my parents, my friends, and kids across the world. I believe that is the kind of world God wants us to create.

I think being a Malaysian is about all of us looking after one another, not simply because we are of similar race, religion, or living in the same country, but because it is the best we can do in being human. As Morrie Schwartz in Mitch Albom’s Tuesdays with Morrie says, “Love each other, or die.”





Nurhidayati, 22, is a final year environmental biotechnology student in the International Islamic University in Kuantan.