الخميس، شوال ٠٤، ١٤٢٧

M12


Islam yang telah berkembang
Laksana bunga yang indah
Yang berkembang mekar harum mewangi
Suburnya memenuhi bumi

Tumbuhnya memenuhi bumi
Lembah dan tanah yang tinggi
Keseburan itu telah dibajai
Oleh darah para Syuhada'

Tamannya itu telah disirami
oleh air peluh para Mujahid
Tamannya itu telah dipagari
oleh para Mujaddid dan Mujtahid
Panduan kita diambil dari
Al-Quran Sunnah Rasulullah.

Berkumandanglah kalimah Toyyibah
Dari pembela Agama Kebenaran
Keindahan Islam telah terpancar
Dari tangan suci kaya yang pemurah
Ibarat air mengalir deras
Dermanya bagai mencurah-curah.

الثلاثاء، رمضان ١٠، ١٤٢٧

GOOD LUCK FOR TEST CRIMINAL LAW HAWARI




Di dalam Bab Keempat (Chapter IV) Kanun kesiksaan (Penal Code), tersedia pembelaan-pembelaan umum (general Defences) seperti pembelaan hilang akal (defence of insanity) , pembelaan untuk keperluan (defence of necessity) pembelaan kesilapan (defence of mistake), pembelaan tekanan (defence of duress), kerelaan (consent) dan lain-lain lagi. Apa yang ingin dilamputinggikan (highlighted) di bawah ini ialah antara general defences yang aku jangka akan keluar di dalam Ujian Kedua Undang-Undang Jenayah 1 (Criminal Law 1) pada pukul 1 tengahari nanti.

Pada ujian pertama Undang-Undang Jenayah 1, aku mendapat markah 5/15. Memang sungguh kejam pensyarah itu kerana menggagalkan majoriti pelajarnya. Sehingga ada pelajar-pelajar cemerlang berputus asa untuk”score” subjek ini. Bagi mereka cukuplah hanya lulus dengan grade C bagi subjek ini. Banyak lagi subjek yang perlu dititik beratkan dan diberikan perhatian. Kasihan sungguh kepada mereka.

Aku tidak ”consent” dengan keputusan yang diperolehi dan perlu membuat sesuatu untuk mempastikan aku lulus dalam ujian kali kedua. Seandainya gagal maka probability untuk fail subjek ini amatlah tinggi.

Consent (kerelaan) tidak ditakrifkan di dalam Kanun kesiksaan. Namun definasi consent yang menjadi rujukan para hakim ialah menerusi definasi yang disediakan oleh Storey dan Stephan.

STOREY: consent as an act of a reason accompanied with deliberation of mind, weighing in a balance the good and evil on each side.

STEPHAN: consent is freely given by rationale and sober person so situated as to able to form the rational opinion upon the matter to which he consents.

Secara mudahnya consent ialah perbuatan menyetujui akan perihal sesuatu secara pertimbangan/pilihan (deliberation).

Lord Carley berkata: you are to give right to an adult to decide his own fate whatever it is good or bad to him.

Consent dikira sebagai kerelaan hakiki apabila diperolehi (procured) tanpa cara tidak betul (fault), penipuan (fraud) ataupun dari sebarang kaedah ugutan.
_______________________________________

TAMBAHAN UNSOUNDNESS OF MIND


Di Malaysia, seksyen 84 kanun kesiksaan adalah sumber rujukan, kaedah dan dasar di dalam membicarakan jenayah berkaitan pembelaan kerana ketidak-warasan (defence of unsoundness of mind). Manakala, England pula menjadikan kes Mc Naughten sebagai sumber rujukan untuk masalah pembelaan ketidakkwarasan. Terdapat sedikit perbezaan kaedah (principle) diatara seksyen 84 dan kes Mc Naughten. Seksyen 84 memberikan makna yang lebih luas berkenaan ketidakkwarasan berbanding kes Mc Naughten.

Di bawah seksyen 84, elemen-elemen yang diperlukan (required) untuk membela diri dengan pembelaan ketidakwarasan secara jayanya (successfully) ialah

Semasa melakukan kesalahan tersebut (at the time of doing it)

disebabkan oleh ketidakwarasan (by reason of unsoundness of mind)
tidak dapat mengetahui (incapable of knowing)

sifat perbuatan tersebut samada baik atau tidak (nature of the act)

Ataupun tidak dapat mengetahui perbuatan yang dilakukan itu adalah suatu kesalahan (wrong) dan bertentangan dengan undang-undang.

Manakala keperluan (requirement) yang perlu dipenuhi untuk pembelaan ketidakwarasan (defence of unsoundness of mind) di dalam kes Mc Naughten ialah.

Semasa melakukan perbuatan tersebut

Orang kena tuduh (OKT) mengalami kurang waras (defect of reason)

Disebabkan sakit otak (disease of mind)

sehinga tidak dapat mengetahui

Sifat (nature) dan kualiti (quality) perbuatan yang sedang dilakukan.
Ataupun tidak mengetahui bahawa perbuatan yang sedang dilakukan itu adalah satu kesalahan.

Apabila ingin mendakwa atau membela OKT, setiap keperluan diatas perlu dipenuhi ataubun disanggah dengan Beyond reasonable doubt. Autoriti-autoriti (dalil-dalil) daripada kes-kes yang telah ditetapkan (decided cases) perlu dimasukkan sekali untuk mengukuhkan hujah-hujah. Jika di England, undang-undang yang terpakai di dalam pembelaan tidak waras ialah Mc Naugthen Rule, Di Malaysia pula menggunakan kaedah-kaedah di dalam seksyen 84 Kanun kesiksaan


Ringkasan kes-kes ditetapkan (decided cases) berkaitan unsoundness of mind.

Kes MC NAUGHTEN
OKT mengalami dilusi yang menganggap Perdana Menteri England ingin mencederakannya dan OKT mahu membunuhnya. Walaubagaimanapun OKT secara tidak sengaja membunuh setiausaha Perdana Menteri. OKT dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan England di atas alasan ketidakwarasan ( on the ground of insanity)
KAEDAH: berada dalam keadaan delusi semasa melakukan perbuatan tersebut (state of delusion)

GOH YOKE V PP
OKT membunuh anaknya, memasukkan ke dalam karung dan mencampakkan mayat anaknya ke dalam sungai. OKT membuat rayuan bahawa dia mengalami delusi paranormal. OKT menganggap anaknya ingin membunuh beliau lalu beliau membunuh anaknya.

Alasan Penghakiman: tidak waras semasa melakukan perbuatan tersebut

KAEDAH: Delusi paranormal diklasifikasikan dibawah insanity.

SINNASAMY V PP
OKT didakwa membunuh anak perempuannya. Dia memberi alasan mengalami cox epelipsy, tetapi dia masih boleh mengingati jalan dan situasi bagaimana kejadian itu berlaku bermula dari tempat kerjanya sehingga pulang ke rumah.

Alasan Penghakiman: Irresistable impulse (tidak dapat mengawal perbuatan) tidak termasuk di dalam pembelaan ketidakwarasan.

KAEDAH: Irresisteble impulse is not insanity.

JUSOH V PP
OKT mengamok dan membunuh adik iparnya, 2 orang kanak-kanak dan seorang orang yang tidak dikenali (stranger) serta mencederakan 2 yang lain.

Alasan Penghakiman: Dia mengalami kegilaan secara tiba-tiba. OKT mengetahui apa yang dilakukan tetapi tidak dapat mengetahui bahawa perbuatan itu salah.

KAEDAH: Walaupun dia mengetahui apa yang dia lakukan, tetapi dia tidak mengetahui yang perbuatannya itu salah.

الاثنين، رمضان ٠٩، ١٤٢٧

With Love Comoros


Hari ini aku diberikan oleh Allah satu kesempatan untuk mengenali seorang guru yang banyak memberikan mutiara-mutiara ilmu untuk dimasukkan ke dalam hati aku. Beliau juga banyak berkongsi ilmu dan pengalaman. Guru ini namanya Ibrahim. Setelah aku selesai i'adah juzu' 19, dia duduk di tepi lalu bersama-sama memerhatikan matahari terbenam sambil menunggu azan dilaungkan untuk kami sama-sama mengakhiri kewajiban berpuasa. Banyak falsafah-falsafah yang dilontarkan beliau berkenaan kekuasaan Allah.

Ibrahim, dari Comoros adalah pelajar sarjana Pentadbiran Ekonomi. Beliau berumur 30 tahun. Mempunyai seorang isteri dan 3 cahaya mata. Sambil berbual bual di dalam bahasa Arab, kami bertukar-tukar pengetahuan tentang budaya bangsa.

Hari ini aku dapat banyak ilmu tentang Comoros atau di dalam bahasa Arabnya disebut juzrul Qamar. Kepulauan Comoros didiami oleh pelbagai bangsa yang datang dari seluruh dunia. Terbanyak adalah dari pesisir pantai di benua afrika. Ada juga yang berimigrasi dari iraq dan iran, dari indonesia dan lain-lain lagi.

Bahasa rasmi Comoros ialah bahasa Arab. Manakala Bahasa perancis adalah bahasa kedua kepulauan tersebut. Beliau sungguh bermurah hati untuk mengjarkan beberapa patah perkataan di dalam bahasa Perancis. Comoros adalah negara Federal Republik dan mempunyai Presiden. Presiden comoros bernama Ahmad Abdallah.

Setakat ini dahulu pengenalan untuk negara Comoros, kalau aku jumpa akh Ibrahim lagi, aku akan tanya banyak lagi tentang sejarah Comoros dan memintanya untuk mengajarku bahasa Perancis bila ada masa terluang.

السبت، رمضان ٠٧، ١٤٢٧

Ahlan Wa Sahlan ila Jaami'ati



BAGI meningkatkan kemahiran serta mendalami kaedah berdakwah dengan lebih efektif, 30 imam dari China menjalani kursus khas termasuk bahasa Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), baru-baru ini.

Program berkenaan bertujuan mendedahkan kepada para imam kemahiran menguasai bahasa Arab sebagai kelebihan untuk menyebarkan dakwah Islam yang bukan saja di negara mereka malah di seluruh pelosok dunia. Walaubagaimanapun sedikit kekesalan kerana aku tidak gagal beramah mesra dan bersuai kenal dengan saudara-saudara seIslamku ini kerana mereka tidak boleh berbahasa inggeris dan masih lemah dalam bahasa Arab.

الجمعة، رمضان ٠٦، ١٤٢٧

AL-FATIHAH BUAT AYAHANDA USTAZ ABDUL RAHMAN HUSIN


Innalillahi wainna ilaihi raajiuun.Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.

kematian orang biasa, tiadalah dirasakan oleh kita semua..
tetapi yang meninggal itu seorang ulama, maka kita kehilangan sebutir bintang di langit zaman.
kami dikejutkan oleh berita kematian Ayahanda Ustaz Abdul Rahman Husin pada 3 Ramadhan 1427H jam 4.00 petang. Ketika itu ana sedang menduduki test 2 QH 3.
Ana mengetahui berita sedih kematian ini, setelah menerima SMS daripada Abang Shah.

Ayahanda Ustaz Abdul Rahman bukan sahaja menjadi kekaguman ana, tetapi merupakan orang yang dekat dengan ana kerana anaknya, Nasir Jamajuddin ialah sahabat baik merangkap naqib partner ana untuk usrah adik-adik first year. Takziah buat Nasir. Semoga Nasir tabah dengan dugaan ini. Ingatlah firman Allah. "Kullu nafsin dza-uqatul maut..."

Bersama-sama sahabat-sahabat yang lain kami merancang untuk ke Kelantan bagi melawat Nasir sekeluarga. Akhirnya kami nekad untuk ponteng kelas pada hari rabu 27/8/06 untuk naik ke Kelantan dan menghadiri upacara pengkebumian Arwah disamping menziarahi Nasir.

Ayahanda Ustaz Abdul Rahman Husin....

Beliau adalah Presiden Persatuan Falak Syarie Malaysia.
seorang ulama' dan alim dalam bidang astronomi .
jika kita lihat imsakiah Ramadhan dan jadual waktu solat biasanya ada tercatat nama beliau di bawah. Inilah jasa beliau kepada kita yang tidak kita sedar.

Allahyarham sukar dicari ganti, ibarat 100 ekor unta, nak cari seekor yang boleh muat barang (belakang yang agak baik) amat sukar sekali.

Semoga nasir akan terus bergiat aktif dalam harakah dan mewarisi perjuangan Islam yang dibawa oleh ayahandanya.

Semoga ruh Allahyarham di tempat sewajarnya bersama mursalin, anbia, syuhada, siddiqin dan solihin.

Al-Fatihah.. .

الاثنين، شعبان ١٨، ١٤٢٧

Melawat nenek


Kala mentari kian melabuhkan diri ke pengkalan malam, aku tiba di teratak kecil nenek. Selama 7 jam terpaksa bersejuk-sejukan menaiki bas express Darul Naim perjalanan kuala Lumpur - Kota Bharu. Tidak terungkap kerinduan kalbuku kepada nenek kerana telah hampir setahun tidak bersua muka. Dan....akhirnya rindu itu terubat jua.

الجمعة، شعبان ٠٨، ١٤٢٧

antara Anjing dan Awek


LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yang
tak kena saja?
ANJING. Aku tengah tension ini . mahu saja aku gigit
manusia tadi.

LEMBU : eh? Kenapa ?
ANJING. Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki
dan perempuan yang sedang berkepit. tiba-tiba si lelaki
terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi
anjing , pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. anda kan haram. Najis tahap berat
bagi manusia. Biasalah tu .
ANJING: Kalau aku najis sekali pun, kalau dia
tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh
dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak
samak dosa?

LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yang bukan
mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat
kenajisannya daripada memegang anda anjing,
malah tak boleh suci sekalipun di samak.
ANJING: Wah .. ayat anda me man pergi power lah...
manusia kena ubah pepatah "Pandai macam
LEMBU"


Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada
ibnu majah menyatakan bahawa ?Bergomolan
dengan bab* (khinzir) itu adalah lebih baik
berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja)
dengan wanita yang bukan mahram?.

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi
bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib
bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan
menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya
perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing
bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat.
Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah
berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang
maksudnya , ?Sesungguhnya kepala yang ditusuk
dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh
kaum yang bukan sejenis yang tidak halal
baginya . (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

INSANITY


Bersarang banyak persoalan apabila topik unsoundness of mind/insanity dihikayatkan oleh dr. Bahar. Lembab sedikit otak untuk menghadam maklumat-maklumat dan gambaran yang diilustrasikan oleh beliau. Lalu kekusutan mula berpintal-pintal di kepala. Kusut sekali. Mungkin disebabkan suasana dewan kuliah yang tidak ubah seperti peti ais menyebab otak aku membeku, ataupun kerana aku tidak membuat pembacaan sebelum kuliah??

Section 84 Kanun kesiksaan (Penal Code) memberitahu bahawa undang-undang melindungi orang-orang yang tidak waras daripada disabit bersalah atas kesalahan yang dilakukan. Walaubagaimanpun, burden of prove to show that an accused is protected under tihs sec. lies on the defence counsel.

Persoalan yang perlu dijawab di dalam insanity ialah, adakah insanity yang dialami menjurus kepada perbuatan jenayah itu ataupun tidak?

Book List Semester 1 2006/2007

buku yang perlu/telah dikhatamkan pada semester ini

1) Rehlah Ilallah Meniti jalan Allah - Najib Khaelani - Khatam

2) Sirna sebutir bintang - Siti Hajar Mohd zaki - Khatam

3) Cempiang Jalan - Antologi cerpen hadiah utusan sastera 2001 - Khatam

4) Cari duit cara mudah sebagai penulis bebas - zamri mohd

5) kewajipan menguasai enam fiqh bagi pendakwah islam di alaf baru – Dr. Yusuf Qaradhawi

6) Pertelingkahan para sahabat nabi s.a.w antara ketulenan fakta dengan pembohongan sejarah – Asri Zainal Abidin

7) how to become a successful criminal lawyer – S.K Shanglo

8) criminal law in Malaysia and Singapore – Molly Cheang

9) Constitution of Malaysia ; text and commentaries – Prof. Aziz Bari, Dr. Farid Suffian

10) Administration of Islamic Law in Malaysia Dr. Farid suffian and the gang.

الخميس، شعبان ٠٧، ١٤٢٧

JIKA BENAR ENGKAU HARUS MELANGKAH PERGI

JIKA BENAR ENGKAU HARUS MELANGKAH PERGI
(Sajak ini ditujukan khas buat family members especially Pirol)


Jika benar engkau harus melangkah
pergi dari sisiku
Tinggalkanlah pesan pada pawana petang
agar dapat kusimpan hembusan perasaanmu
bersama hangat tiupan kemesraan

Mengertilah sahabat
Jalan yang kita pilih
belum tentu jauh
belum tentu dekat

Namun biarlah pada jarak yang singkat
aku terjemahkan makna sahabat
Kerana aku mengenalimu barang sekejap
Dalam sekejap aku mengenalimu

Teruskanlah ceritamu, sahabat
tentang dunia yang akan engkau jengkal
satu persatu benuanya.
Tentang lautan, tentang angin,
tentang awan, tentang pohon
bingkisan maknanya
kau kirimkan pada kemesraan kita.

Aku bukanlah si pengukir takdir

Siapa tahu pada hari yang tidak direncana
aku dahulu yang menemui bahagia
Kerana dijemput pulang kepada-Nya


____________________________________
Kepada family ana, jangan lupa malam ni ada family gathering di bilik Pirol, pukul 11.30 malam. Jangan lupa pesanan naqib untuk menghantar karya masing-masing malam ni. Buat Abang Shah, jangan datang lewat.:p

ISTIKHARAH DEMI REDHA ALLAH ; Wa rabbukal Akram


Minggu lepas aku jadi ulat library. Cari buku-buku agama dan kitab-kitab hadith . Pastu drop kat ITD search tentang solat istikharah. Dulu pernah belajar, tapi untuk lebih memahami dan meyakinkan diri serta mempeteguhkan nirmala pendirian.... So sebagai pengenalan apa itu solat istikharah, boleh baca kat bawah.
___________________________________________

Solat Sunnat Istikharah

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan.

Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat. Setelah selesai shalat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

Allaahumma inni astakhiiruka bi'ilmika , wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata'lamu wa laa a'lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta'lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama'aasyii wa 'aaqibati amrii, 'aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta'lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma'aasyii wa 'aaqibatu amrii 'aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni 'anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka 'alaa kulli syai-in qadiir

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon pilihan-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku mohon kepastian kepada-Mu dengan kekuasaan-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, Engakau Maha Tahu dan Maha Mengetahui segala yang gaib.
Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini baik bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka takdirkanlah dia bagiku dan mudahkanlah dia bagiku, kemudian berilah dia berkah bagiku.
Dan apabila Engkau mengetahui pekerjaan itu buruk bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka singkirkanlah dia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Takdirkanlah hal-hal yang baik bagiku dimana kebajikan itu berada, kemudian berilah aku menyenanginya"

Tata Cara Shalat Istikharah

Tata cara solat istikharah sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, yaitu berniat solat istikharah. Bila mungkin laksanakan sesudah lewat tengah malam, setelah bangun tidur. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: "Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini....(sebutkan namanya)"

REZEKI MELALUI PERKAHWINAN


Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW. Manakala sunnah itu sendiri merupakan satu amalan yang dijanjikan balasan pahala terhadap orang yang melakukannya. Sabda Baginda yang bermaksud: "Perkahwinan itu sunnahku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku." (Riwayat Bukhari) Hari ini sering kita melihat bahawa sesuatu perkahwinan itu menjadi perkara yang rumit dan menyusahkan. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Ramai di antara kita yang beranggapan untuk berkahwin memerlukan kenderaan, memiliki rumah besar, wang yang banyak dan sebagainya. Cuba kita renungkan dan mengambil iktibar dari kisah yang berlaku lebih kurang 1,400 tahun dahulu yang boleh kita jadikan panduan hidup ini. Insya Allah.

Pada suatu hari, Rasulullah SAW telah didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas dari belengu kemiskinan. Tanpa berlenggah lagi, Rasulullah SAW terus menyuruh lelaki tersebut supaya berkahwin. Lelaki tersebut sangat gembira dengan saranan yang diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin. Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan nasibnya, "Ya Rasulullah! Aku telah pun berkahwin, tetapi masih dalam keadaan miskin. Apa yang harus aku lakukan wahai Rasulullah?". "Kahwin lagi," jawab Rasulullah singkat. Si lelaki tersebut tidak banyak bertanya. Beliau mempercayai Rasulullah SAW sepenuhnya kerana tidak mungkin Rasulullah mahu menipu umatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain. Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya : "Wahai Rasulullah, isteriku sudah dua pun dua orang, tapi aku masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah... ?" keluh lelaki itu. "Kahwinlah lagi," jawab Rasulullah singkat. Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah. Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga. Namun setelah beberapa lama, keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia berasa malu untuk mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap miskin. Dengan berat hati, beliau menemui Rasulullah dan menyampaikan masalahnya. "Wahai Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus aku lakukan? ", adu lelaki itu. "Berkahwinlah lagi,"kata Rasulullah. Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat. Ternyata benarlah segala kata-kata Rasulullah. Ternyata isteri keempatnya ini membawa keberkatan perkahwinan di dalam kehidupannya. Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada ketiga-tiga madunya.

Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Perusahaan industrinya semakin maju dan mampu mencukupi keperluan rumahtangga lelaki itu serta isteri-isterinya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Carilah rezeki dengan menikah" (Riwayat Ibnu Abbas) Firman Allah SWT yang bermaksud: " Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Surah an-Nur : 32) Dengan mengambil iktibar dan teladan dari kisah di atas, Insya Allah jika niat kita ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah, tidak mustahil segala gejala-gejala sosial dapat dihindarkan. Hai insan yang alpa Kehinaan bagi mu Kebanggaan bagi ku..

الثلاثاء، شعبان ٠٥، ١٤٢٧

Sejarah


Baru-baru ini Universiti Islam Antarabangsa mencipta sejarah apabila mahasiswa dan mahasiswa universiti ini mengadakan perhimpunan aman yang terbesar dalam tempoh 4 tahun kebelakangan ini. Perhimpunan aman [baca; Demonstrasi] ini dibuat adalah untuk melahirkan rasa..... to be continued also




Universiti Putra Malaysia


Hujung minggu lepas, adalah sekelumit kenangan yang tidak dapat aku lupakan apabila bersama-sama dengan teman sebilik, Hafiz Badarulzaman bersiar-siar di Saujana Puchong. Segala kesibukan selaku pelajar undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di tinggalkan di kampus sebentar untuk menikmati dan mentadabbur alam ciptaan Allah di Hutan Simpan Universiti Putra Malaysia sepuas-puasnya. Kenangan kami bersama-sama pelajar-pelajar tahun satu, dua dan tiga, selaku fasilitator mereka menjadikan kami tidak kering gusi apabila membayangkan telatah-telatah mereka yang mencuit naluri. Wajah-wajah mereka jernih dan ceria. Benar. Melihat kepada kanak-kanak kecil menjadikan hati aku tenang. Wajah-wajah kanak-kanak yang tenang tidak menggambarkan yang mereka mempunyai masalah. Mereka belum kenal dunia disekeliling mereka. Mereka tidak ditaklifkan itu dan ini di atas bahu mereka. Sungguh tenang dan ceria bersama kanak-kanak.

Dari kaki bukit, kami mendaki sehingga sampai di air terjun yang amat jernih. Kata Hafiz, inilah kali pertama dia melihat air yang mengalir yang begitu jernih, sehingga nampak pasir-pasir dan ikan di dasarnya. Bagi aku, ini semua adalah keagungan ciptaaan Allah S.W.T dan aku tidak tidaklah begitu "excited" seperti dia kerana di kampung halaman aku juga tidak kurang hebatnya pemandangan-pemandangan ciptaan Rabbul Jalil. Perlanan mendaki mengambil masa 45 minit dan kami mendaki mengikut kumpulan masing-masing. Dua kumpulan Putera dan 1 Kumpulan Puteri. Hafiz menjadi guider kumpulan satu, Aku guider kumpulan dua dan Uncle Zaidi guider kumpulan Puteri

Disamping mendaki, aku kisahkan kepada adik-adik ini tentang kukuasaan Allah, tentang keagungan cintaanNya yang tiada sesiapapun yang mampu menandingi ciptaan Allah .... to be continued

الخميس، رجب ٣٠، ١٤٢٧

Tahfiz Camp

Tahfiz Camp di Kalumpang Resort..

Pengalaman mengikuti program tahfiz semasa cuti semester 3 lepas meniggalkan 1001 satu pengajaran kepada aku. 1st of all of course ukhuwwah. Kat sini kami batch bawah tahfiz programme dapat berkenalan lebih rapat dengan batch yang atas-atas sambil masing masing bertukar-tukar pengalaman dalam menghafaz dan i'adah Al-Quran.

Apa yang sedikit aku kesalkan ialah, aku hanya sempat i'adah surah ali-Imran sahaja dalam masa tiga hari berada di sini. Aku tidak gunakan seproduktif mungkin masa yang ada kerana asyik bergambar, mandi-manda dan menikmati kesejukan air terjun serta bersembang panjang dengan senior-senior. Mereka pun sama juga macam aku.

الاثنين، رجب ٢٧، ١٤٢٧

Aku x leh nak ckp... tgk pun bergenang air mata... Sedih... pedih....

Tak dpt bayangkan camna berlaku depan mata....
Bayangkan....

A child trying to save his mom ....?

What probably mom saying to him just before she died..?

What feelings this child could have to the world of liberty from now on..?

well my guess:

The Mother might be trying to say:

Sons grow up, make peace....
n give your heart to your religion...
understand don't make it simple...
u will find the harmony in your life...
don't cryI know u are strong...
mom will smile and always looking at u...

Close your eyes for moment, make dua with heart, sure there will be somebody whose dua will be helpful...

Wassalaam




الخميس، رجب ٢٣، ١٤٢٧

Tentera tebaik dunia

Seorang mantan Jeneral Tentera Jerman menegaskan bahawa Israel tewas di tangan Hizbullah Lubnan kerana memandang rendah terhadap kemampuan pejuang-pejuang Hizbullah dan pasukan Mosad Israel gagal mengenalpasti kemampuan sebenar mereka serta gagal mengesan dengan tepat lokasi markas-markas pejuang Hizbulllah.

Jeneral Jerman ini menambah lagi, kesalahan terbesar Israel adalah pada ketua operasi Israel yang yakin bahawa hanya cukup dengan serangan udara maka Hizbullah dapat ditundukkan. Padahal strategi perang ini di masa sekarang sudah dibuktikan gagal. Sehinggakan Israel kini sudah kehilangan legendanya selama ini sebagai tentara terbaik di dunia. Dengan perang konvensional Israel tidak mungkin menang melawan Hizbullah selama-lamanya.

الاثنين، رجب ٢٠، ١٤٢٧

Mimpi Ngeri

11.45 malam. Satu mimpi buruk telah aku alami. Sungguh mendebarkan jantungku dan menyebabkan lidah serta bibir-bibirku terketar-ketar ketakutan.

Apabila aku tersedar dari mimpi itu aku dapati kedua bibirku sedang bergerak-gerak menghabiskan ayat terakhir surah At-Taubah. Aku beristighfar banyak-banyak kepada Allah. Lantas bangkit dari katil lalu duduk di kerusi, dan pengalaman mimpi tadi ku tulis ke helaian-helaian diari. Ada sedikit keluarbiasaan dengan mimpi ini. Bukan untuk menceritakan mimpi ni kepada orang tetapi seolah-olah di dalam hati ini kuat mengatakan bahawa, akan ada sesuatu yang bakal terjadi kepada hidupku. Apakah benda khurafat yang makhluk itu ingatkan? Aku cuba untuk memuhasabah diri. Aku akan koreksi diri ini tetapi menolak dakwan dalam mimpi itu bahawa aku dan sahabat-sahabat sedang jauh dari jalan Allah. Bahkan, aku tenang dengan keadaan diri aku sekarang. Sentiasa berbicara dengan Al-Quran, membuang perkara-perkara yang sia-sia dalam hidup dan tidak terlibat sedikitpun dengan perempuan.

Tambahan : Akhirnya aku temui apakah maksud perkara khurafat itu: aku mengambil ringan terhadap satu perintah Allah dan Sunnah Rasul. Mungkin disebabkan perkara ini, perasan ubudiyyah dan ketauhidan kepada Allah tidak meningkat walaupun aku mengaku apa yang aku lakukan, semuanya untuk Islam.

Kesannya, iman tidak bertambah bahkan akan berkurangan dan hanya mendapat kepenatan dan kelelahan lantaran elemen ubudiayyah tidak terterap ke dalam gerak kerja dan laku kita. Na’uzubillahi min zalik.

Wallaa’lam.

Klinik Ortopedik Hospital Kuala Lumpur


Hari ini aku kena marah dengan doctor. Sepatutnya aku datang appoinment dan x-ray 2 minggu lepas tapi hari ini baru pergi jumpa.

Adikku Muein Syariatillah Bin Hanafi

Buat adik Along, Muein Syariatillah Bin Hanafi,
Selamat Hari Lahir Along Ucapkan. Along sayang Muein dan Along doakan Muein akan sedar suatu hari nanti yang sebenarnya Along tidak pernah mendiskriminasi Muein dengan adik- adik yang lain. Along sentiasa memikirkan cara mentarbiah adik Along yang special ni. Muein tidak macam ni dahulu. Semasa Muein kecil sehingga tingkatan dua, Mueinlah tempat Along berkongsi kisah-kisah kehidupan Along di asrama. Segala kenangan-kenangan bersama Muein seolah baru semalam berlalu. Sehinggakan kenangan itu membuatkan kenakanlan-kenakalan Muien sekarang tidak wujud di dalam hati Along. Terlampau memikirkan Muein dan adik-adik yang lain membuatkan Along akan jadi cepat melenting bila Muein membuat sesuatu yang tidak cocok pada pandangan Along. Akhir sekali Along berjanji akan cuma memahami Muein dan berusaha untuk menjadi abang yang terbaik untuk Muein. Cuma, Muein kena janji dengan Along dua perkara sahaja. Muien tidak akan meninggalkan solat dan tidak mengambil ringan solat Muien dan Muein bacalah Al-Quran paling kurang 2 baris sehari. Masa yang sekelumit cuma tidak mengizinkan along meluahkan segala-galanya kepada Muien.
Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

الجمعة، رجب ١٧، ١٤٢٧

PREXIS

Akhirnya newsletter kedua Presidential Secretariat Lawsoc telah diterbitkan. Sedikit bangga sebab newsletter ini telah diedarkan kepada semua perwakilan-perwakilan mahasiwa undang-undang yang menghadiri Kolokium Mahasiswa Undang-Undang Nasional (KOSMOS) Hari Sabtu lepas. Sebenarnya sudah lama newsletter ini siap, cuma terperap di dalam komputer kerana sebab-sebab tertentu.

Selepas ini editorial board Pres. Secretariat bukan lagi untuk one man shows. Aku perlu menetapkan satu tarikh untuk membuat 1st meeting dengan committees yang lain as soon as possible.






halaman utama
klik kanan untuk baca

الأربعاء، رجب ١٥، ١٤٢٧

الثلاثاء، رجب ١٤، ١٤٢٧

THE QUINTESSENSE


Newsletter edisi pertama yang saya buat untuk presidential secretariat Law Students' Society. Thanks to Hafiz Badaruzzaman, Vice President (1) LAWSOC, selaku penasihat editorial board kerana banyak membantu di dalam pembikinan newsletter ini.

Nama The Quintessense ini sengaja dipilih kerana bukan calang-calang kamus yang menyediakan maksud kepada perkataan tersebut. Rata-rata target group ( 1st year 1st sem students) tertanya-tanya maksud "Quintessense" tersebut. Quintessense adalah simillar meaning to paradigm.

Pada muka pertama newsletter ini adalah laporan berkenaan pertukaran management staff AIKOL. Ramai tidak tahu ratio behind the changes made by IIU. Tapi melalui sumber yang boleh dipercayai, Mereka yang dilantik adalah pegawai-pegawai yang ..... Tuuuuuuuuuut. ( Sensored)

Halaman kedua menceritakan sedikit biodata pensyarah-pensyarah yang baru dan lama yang menjadi peneraju AIKOL. Halaman ketiga newsletter adalah ruangan untuk AIKOL Fiesta dan Welfare Secretariat serta artikel berkenaan sistem kehakiman yang meragukan. Lastly 4th page is about some previous programmes organized by LAWSOC.

Alhamdulillah sekarang saya sedang menyiapkan 3rd Newsletter.

الثلاثاء، جمادى الآخرة ٢٢، ١٤٢٧

Khaibar Khaibar. Khaibar Ya Yahud. Jundu Muhammad Saufa Ya'uud


1.
“ Iran berikrar akan mempertahankan Syiria jika nergara itu diserang”

Aku berharap sangat iran akan menghantar tenteranya ke Lubnan untuk sama-sama mempertahankan Negara Islam itu. Iran telah menjadi CONTOH pemimpin ummat Islam yang paling berani. Kalau nak harapkan Negara Arab lain, Maaf. Mereka tidak sanggup untuk meninggalkan harta-harta mereka yang masih bertimbun itu. Malahan tidak segan dan malu menyalahkan Hizbullah dan Hamas pula. Semoga Allah melaknat orang-orang Islam yang berkata begitu.

2.
Api jihad sudah mula membara. Mujahidin-mujahidin Islam seluruh dunia akan bangkit dengan semangat jihad yang telah tertanam di dalam hati mereka. Allah pasti bersama mereka dalam menentang musuh-musuh Allah dan Rasul.

Percayalah, kita semua akan melihat satu kebangkitan dunia Islam yang baru. Dengan jiwa, dengan darah, muslimin-muslimin seluruh dunia akan mempertahankan Islam dan saudara-saudara seislam mereka.

Astaghfirullah


Dengan mood yang terganggu saya melangkah masuk ke kuliah Islamic Criminal Law. Entah mengapa muka depan akhbar Kosmo hari ini menjadikan saya nampak seperti orang bodoh. Bodoh untuk membaca berita tentang pertunangan Datuk K dan Siti Nurlaliza.

Semua akhbar menjadikan isu pertunangan mereka sebagai isu besar untuk dimuatkan ke muka depan akhbar meraka. Inikah berita yang perlu diketahui umat Melayu. Sungguh memalukan. Akhbar dan media di negara Islam lain menyiarkan berita tentang serangan gila Israel ke daerah-daerah Lubnan dan Palestin, akhbar melayu pula sibuk meraikan pertunangan siti. Shame on YOU. Negara islam retorik. Pak Laaaaaaaaah. Geramnya.

Gray Area of Law


1.
Ketika saya di kelas Criminal Law pagi tadi, terdetik di hati kecil ini untuk mempertikaikan hujah yang diberikan oleh Dr Baharuddin berkenaan kes Mohd Ibrahim V PP.

Dr Bahar mengatakan bahawa penghakiman yang dibuat tidak langsung mengambil kira dalihan am yang termaktub di dalam Penal Code. Berdasarkan sec 6 dan 40 Penal Code, sebarang undang-undang tertakluk kepada dalihan am/general defences. Katanya lagi, Thomas CJ tidak langsung memberi peluang kepada Mohd Ibrahim untuk membela dirinya dengan General Defences. Iaitu berdasarkan pengakuan bahawa tertuduh 'without knowladge' menyimpan dan menjual bahan bacaan lucah lantaran dia adalah 'illiterate'.

Walhal bukti menunjukkan yang tertuduh dengan sengaja meyembunyikan buku-buku lucah tersebut di bawah kaunter bayaran bagi mnegaburi mata pihak berkuasa.

Membangkitkan benda yang tidak berfaedah dan teknikal adalah membazir masa mahkmah namun ianya satu topik yang menarik untuk dibincang dan diperbahaskan.

الاثنين، جمادى الآخرة ٢١، ١٤٢٧

Sedikit Ujian Dari Allah


(Bergamar di Dalam MRT)
Ketika ana masih boleh menggunakan tangan kanan ini, tidak terasa yang sebenarnya terlalu nikmat dan berharga dua tangan yang Allah jadikan. Sekarang ana tidak boleh mengggunakan tangan kanan ana untuk jangka waktu yang lama. Tulang siku ana mengalami keretakan dan ”dislocation”. Akibat terbabas semasa ana dan Shahrul cuba mengelak daripada merempuh sebuah lori.

Pengalaman baru ini mengajar ana banyak perkara, malah memperkenalkan ana kepada suatu kehidupan asing yang tidak pernah ana gambarkan. Satu dunia yang lain dan asing. Tanpa tangan kanan yang membantu, semua perkara menjadi sukar, berwudhu’, solat, memakai pakaian, makan, ke bilik air - Janggal dan perit menanggung kesakitan. Betapa sukarnyaaaaa. Dan esok, bermulanya sesi baru kuliah.... Dalam kesakitan dan kehilangan yang sementara ini, ana belajar bersyukur kepada Allah. Syukur atas nikmat nikmat yang Allah kurniai ana selama ini.

Ya Rahmaan, terima kasih atas nikmat yang aku kerap alpakan. Selalu lalai untuk bersyukur kepadamu Allah. Kurang dan cacatnya cintaku kepadaMu Allah, untuk mengasihi dan mengingatiMu. Ku pohon dengan sangat, ampunilah dosaku. Amin.

setelah puas berbaring di katil,
Aku menulis…

( Bilik Pameran Di NeWater Plant, Singapura )

( Sedikit ujian dari Allah....)

الجمعة، جمادى الأولى ٢٠، ١٤٢٧

Gambar masa muda muda



Saya terkejut mendengar berita seorang sahabat yang tiba-tiba dipanggil oleh HEP kerana didakwa menyertai demonstrasi beberapa minggu yang lepas. Mungkin selepas ini ramai lagi yang akan dipanggil.