الخميس، أكتوبر ٢٦، ٢٠٠٦

M12


Islam yang telah berkembang
Laksana bunga yang indah
Yang berkembang mekar harum mewangi
Suburnya memenuhi bumi

Tumbuhnya memenuhi bumi
Lembah dan tanah yang tinggi
Keseburan itu telah dibajai
Oleh darah para Syuhada'

Tamannya itu telah disirami
oleh air peluh para Mujahid
Tamannya itu telah dipagari
oleh para Mujaddid dan Mujtahid
Panduan kita diambil dari
Al-Quran Sunnah Rasulullah.

Berkumandanglah kalimah Toyyibah
Dari pembela Agama Kebenaran
Keindahan Islam telah terpancar
Dari tangan suci kaya yang pemurah
Ibarat air mengalir deras
Dermanya bagai mencurah-curah.

الثلاثاء، أكتوبر ٠٣، ٢٠٠٦

GOOD LUCK FOR TEST CRIMINAL LAW HAWARI




Di dalam Bab Keempat (Chapter IV) Kanun kesiksaan (Penal Code), tersedia pembelaan-pembelaan umum (general Defences) seperti pembelaan hilang akal (defence of insanity) , pembelaan untuk keperluan (defence of necessity) pembelaan kesilapan (defence of mistake), pembelaan tekanan (defence of duress), kerelaan (consent) dan lain-lain lagi. Apa yang ingin dilamputinggikan (highlighted) di bawah ini ialah antara general defences yang aku jangka akan keluar di dalam Ujian Kedua Undang-Undang Jenayah 1 (Criminal Law 1) pada pukul 1 tengahari nanti.

Pada ujian pertama Undang-Undang Jenayah 1, aku mendapat markah 5/15. Memang sungguh kejam pensyarah itu kerana menggagalkan majoriti pelajarnya. Sehingga ada pelajar-pelajar cemerlang berputus asa untuk”score” subjek ini. Bagi mereka cukuplah hanya lulus dengan grade C bagi subjek ini. Banyak lagi subjek yang perlu dititik beratkan dan diberikan perhatian. Kasihan sungguh kepada mereka.

Aku tidak ”consent” dengan keputusan yang diperolehi dan perlu membuat sesuatu untuk mempastikan aku lulus dalam ujian kali kedua. Seandainya gagal maka probability untuk fail subjek ini amatlah tinggi.

Consent (kerelaan) tidak ditakrifkan di dalam Kanun kesiksaan. Namun definasi consent yang menjadi rujukan para hakim ialah menerusi definasi yang disediakan oleh Storey dan Stephan.

STOREY: consent as an act of a reason accompanied with deliberation of mind, weighing in a balance the good and evil on each side.

STEPHAN: consent is freely given by rationale and sober person so situated as to able to form the rational opinion upon the matter to which he consents.

Secara mudahnya consent ialah perbuatan menyetujui akan perihal sesuatu secara pertimbangan/pilihan (deliberation).

Lord Carley berkata: you are to give right to an adult to decide his own fate whatever it is good or bad to him.

Consent dikira sebagai kerelaan hakiki apabila diperolehi (procured) tanpa cara tidak betul (fault), penipuan (fraud) ataupun dari sebarang kaedah ugutan.
_______________________________________

TAMBAHAN UNSOUNDNESS OF MIND


Di Malaysia, seksyen 84 kanun kesiksaan adalah sumber rujukan, kaedah dan dasar di dalam membicarakan jenayah berkaitan pembelaan kerana ketidak-warasan (defence of unsoundness of mind). Manakala, England pula menjadikan kes Mc Naughten sebagai sumber rujukan untuk masalah pembelaan ketidakkwarasan. Terdapat sedikit perbezaan kaedah (principle) diatara seksyen 84 dan kes Mc Naughten. Seksyen 84 memberikan makna yang lebih luas berkenaan ketidakkwarasan berbanding kes Mc Naughten.

Di bawah seksyen 84, elemen-elemen yang diperlukan (required) untuk membela diri dengan pembelaan ketidakwarasan secara jayanya (successfully) ialah

Semasa melakukan kesalahan tersebut (at the time of doing it)

disebabkan oleh ketidakwarasan (by reason of unsoundness of mind)
tidak dapat mengetahui (incapable of knowing)

sifat perbuatan tersebut samada baik atau tidak (nature of the act)

Ataupun tidak dapat mengetahui perbuatan yang dilakukan itu adalah suatu kesalahan (wrong) dan bertentangan dengan undang-undang.

Manakala keperluan (requirement) yang perlu dipenuhi untuk pembelaan ketidakwarasan (defence of unsoundness of mind) di dalam kes Mc Naughten ialah.

Semasa melakukan perbuatan tersebut

Orang kena tuduh (OKT) mengalami kurang waras (defect of reason)

Disebabkan sakit otak (disease of mind)

sehinga tidak dapat mengetahui

Sifat (nature) dan kualiti (quality) perbuatan yang sedang dilakukan.
Ataupun tidak mengetahui bahawa perbuatan yang sedang dilakukan itu adalah satu kesalahan.

Apabila ingin mendakwa atau membela OKT, setiap keperluan diatas perlu dipenuhi ataubun disanggah dengan Beyond reasonable doubt. Autoriti-autoriti (dalil-dalil) daripada kes-kes yang telah ditetapkan (decided cases) perlu dimasukkan sekali untuk mengukuhkan hujah-hujah. Jika di England, undang-undang yang terpakai di dalam pembelaan tidak waras ialah Mc Naugthen Rule, Di Malaysia pula menggunakan kaedah-kaedah di dalam seksyen 84 Kanun kesiksaan


Ringkasan kes-kes ditetapkan (decided cases) berkaitan unsoundness of mind.

Kes MC NAUGHTEN
OKT mengalami dilusi yang menganggap Perdana Menteri England ingin mencederakannya dan OKT mahu membunuhnya. Walaubagaimanapun OKT secara tidak sengaja membunuh setiausaha Perdana Menteri. OKT dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan England di atas alasan ketidakwarasan ( on the ground of insanity)
KAEDAH: berada dalam keadaan delusi semasa melakukan perbuatan tersebut (state of delusion)

GOH YOKE V PP
OKT membunuh anaknya, memasukkan ke dalam karung dan mencampakkan mayat anaknya ke dalam sungai. OKT membuat rayuan bahawa dia mengalami delusi paranormal. OKT menganggap anaknya ingin membunuh beliau lalu beliau membunuh anaknya.

Alasan Penghakiman: tidak waras semasa melakukan perbuatan tersebut

KAEDAH: Delusi paranormal diklasifikasikan dibawah insanity.

SINNASAMY V PP
OKT didakwa membunuh anak perempuannya. Dia memberi alasan mengalami cox epelipsy, tetapi dia masih boleh mengingati jalan dan situasi bagaimana kejadian itu berlaku bermula dari tempat kerjanya sehingga pulang ke rumah.

Alasan Penghakiman: Irresistable impulse (tidak dapat mengawal perbuatan) tidak termasuk di dalam pembelaan ketidakwarasan.

KAEDAH: Irresisteble impulse is not insanity.

JUSOH V PP
OKT mengamok dan membunuh adik iparnya, 2 orang kanak-kanak dan seorang orang yang tidak dikenali (stranger) serta mencederakan 2 yang lain.

Alasan Penghakiman: Dia mengalami kegilaan secara tiba-tiba. OKT mengetahui apa yang dilakukan tetapi tidak dapat mengetahui bahawa perbuatan itu salah.

KAEDAH: Walaupun dia mengetahui apa yang dia lakukan, tetapi dia tidak mengetahui yang perbuatannya itu salah.

الاثنين، أكتوبر ٠٢، ٢٠٠٦

With Love Comoros


Hari ini aku diberikan oleh Allah satu kesempatan untuk mengenali seorang guru yang banyak memberikan mutiara-mutiara ilmu untuk dimasukkan ke dalam hati aku. Beliau juga banyak berkongsi ilmu dan pengalaman. Guru ini namanya Ibrahim. Setelah aku selesai i'adah juzu' 19, dia duduk di tepi lalu bersama-sama memerhatikan matahari terbenam sambil menunggu azan dilaungkan untuk kami sama-sama mengakhiri kewajiban berpuasa. Banyak falsafah-falsafah yang dilontarkan beliau berkenaan kekuasaan Allah.

Ibrahim, dari Comoros adalah pelajar sarjana Pentadbiran Ekonomi. Beliau berumur 30 tahun. Mempunyai seorang isteri dan 3 cahaya mata. Sambil berbual bual di dalam bahasa Arab, kami bertukar-tukar pengetahuan tentang budaya bangsa.

Hari ini aku dapat banyak ilmu tentang Comoros atau di dalam bahasa Arabnya disebut juzrul Qamar. Kepulauan Comoros didiami oleh pelbagai bangsa yang datang dari seluruh dunia. Terbanyak adalah dari pesisir pantai di benua afrika. Ada juga yang berimigrasi dari iraq dan iran, dari indonesia dan lain-lain lagi.

Bahasa rasmi Comoros ialah bahasa Arab. Manakala Bahasa perancis adalah bahasa kedua kepulauan tersebut. Beliau sungguh bermurah hati untuk mengjarkan beberapa patah perkataan di dalam bahasa Perancis. Comoros adalah negara Federal Republik dan mempunyai Presiden. Presiden comoros bernama Ahmad Abdallah.

Setakat ini dahulu pengenalan untuk negara Comoros, kalau aku jumpa akh Ibrahim lagi, aku akan tanya banyak lagi tentang sejarah Comoros dan memintanya untuk mengajarku bahasa Perancis bila ada masa terluang.