الأربعاء، رمضان ٠٩، ١٤٢٦

Gempa bumi di Mansehra



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semalam berlaku gempa bumi di wilayah kashmir Pakistan, saya harap sahabat-sahabat sudah menyedekahkan al-fatihah buat orang-orang Islam uang diuji dengan gempa berukuran 7.6 skala ricter tu. 20 000 orang yang terkorban kesemuanya. Antara kawasan yang terjejas teruk ialah Daerah Mansehra, Pakistan. Daerah tu ialah daerah hulu pakistan bersempadanan dengan Kashmir dan Afghanistan sebelah atasnya. Perjalanan dari Islamabad ke Mansehra mengambil masa 5 hari menaiki kereta api. Mansehra adalah kawasan pedalaman yang serba kekurangan. Pondok telefon yang terdekat dari bandar itu terletak jauh dari pekan Mansehra yang mengambil masa satu hari perjalanan menaiki kereta api.

Disinilah tempat supupu saya belajar. Namanya Najib. Daerah Mansehra lebih banyak bersalji dari mendapat musim panas. Orang-orang tempatannya cantik-cantik macam Rani Mukharjee dan Shah Rukh Khan dan pemandangan serta persekitarannya indah-indah. banyak air terjun yang best-best kat sini. Macam mana pemandangan yang indah di Kashmer, begitulah juga dengan Mansehra.

Sepupu saya itu berpindah dari Jamiah Abu Bakr, Islamabad ke Mansehra setelah pelajar-pelajar selain dari warganegara Pakistan didiskriminasi disana. Selepas tamat sekolah menengah dia membulatkan hatinya untuk menggali Al-Quran di Pakistan. Dia ingin menjadi seorang Al-hafiz. Semangat dia untuk jadi Al-hafiz berkobar-kobar dan dia selalu nasihatkan saya agar hafaz Al-Quran betul-betul.

Tahun satu di sana, dia ditangkap dan dipenjarakan selama dua tahun di Penjara perang Pakistan kerana berjuang untuk Taliban di Afghanistan. Semasa perjalanan pulang dari Afghanistan untuk masuk ke sempadan Pakistan, dia, ustaznya dan seorang sahabat ditangkap oleh askar Pakistan. Di dalam penjaralah dia menghafaz Quran dan menuntut ilmu dari ustaznya kerana turut sama ditangkap ialah ustaznya. Dia menghafaz Al-Quran dengan penuh kesukaran kerana sentiasa disiksa oleh askar Pakistan yang merupakan sekutu Amerika. Dia dan sahabatnya sabar menghadapi ujian ini. Setelah setahun setengah di dalam penjara, barulah berita penangkapannya sampai ke pengetahuan PAS dan untuk makluman sahabat-sahabat, mereka dipilih oleh PAKINDO kerana Mansehra adalah daerah yang paling dekat dengan Afghanistan. PASlah yang menghantar mereka bertiga ke Afghanistan untuk menjalani latihan perang. Inilah rahsia yang disimpan rapi olehnya yang menyebabkan dia teruk didera. Apabila perkhabaran tragis mereka diketahui oleh PAS maka PAKINDO ( Persatuan Pelajar Malaysia Pakistan-India) dibawah Ustaz Nik Muhammad Abduh Bin Nik Abdul Aziz telah membelanjakan RM 80 000 untuk merasuah orang-orang tertentu agar membebaskan mereka. Akhirnya dia dan sahabat-sahabatnya dibebaskan.

Di dalam penjara, dia telah menghafaz sebanyak 22 juzu’ Al-Quran. Apabila pulang ke tanahair dia menjadi buruan polis selama setahun sehingga pemburuan keatasnya reda. Disebabkan selalu berpindah dari satu tempat ke satu tempat bagi melarikan diri, dia terleka dan meninggalkan Al-Quran yang selama kini dihafaznya, tambahan pula kesukaran untuk dia menerima kenyataan bahawa pertunangannya semenjak lepas SPM terputus disebabkan desakan keluarga pihak perempuan yang menyokong UMNO.

Usai kejadian itu di membawa dirinya yang lara ke Mesir. Apabila tamat pengajian dia pulang ke Malaysia. Walaubagaimanapun ujian Allah datang bertali arus. Semua permohonan kerjanya ditolak dan tiada satupun yang diterima. Dia menganggur untuk jangka waktu yang cukup lama. Akhirnya seorang ustaz memberitahunya, mungkin Allah halang dia mendapat apa yang dia inginkan sebab dia tidak menyempurnakan janji dia kepada Allah. Dia tidak istiqamah menghafaz Al-quran. Dia lalai sampai terlupa semua yang dihafaznya.

Dia insaf dan kesedaran memenuhi telaga hatinya lalu dia beruzlah selama beberapa bulan di pondok untuk menghabiskan hafazannya dan mengulang mana-mana yang dia lupa. Saya selalu ketemu dia sedang murajaah Al-Quran bersama adiknya yang sebaya dengan saya yang juga seorang Hafiz.

Sekarang hidupnya bahagia dan penuh barakah. Wajahnya penuh sakinah, bicaranya penuh hikmah dan langkahnya langkah seorang mujahid. Dia hidup aman dan damai dengan berjawat sebagai guru di sebuah sekolah menengah, mempunyai seorang zaujah yang solehah, lawa perwatakan dan akhlaqnya yang merupakan anak sulung tok imam masjid pasir mas yang merupakan teman sekuliahnya di Al-Azhar disamping dia dianugerahkan 2 orang putera yang comel.

Moral of the story, Allah permudahkannya untuk menghafaz al-quran walaupun ujian datang berganda. Allah ingin uji dia samada dia betul-betul bersedia untuk mengabadikan kalimah-kalimahNya di dalam dada. Doanya bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang hafiz makbulkan oleh Allah dan Allah beri peluang itu kepadanya, tapi dia tidak menggunakan peluang (nikmat) yang allah berikan dengan baik. Lalu Allah sekat sedikit rezekinya sebagai inzar supaya dia menunaikan janjinya kepada Allah.

Sahabat-sahabat sekalian. Sebelum Allah menarik balik apa jua nikmat dan yang diberikanNya kepada kita ini, gunakanlah peluang yang allah berikan dengan bersungguh-sungguh tanda kita bersyukur kepadanya. Bersungguh-sungguh..!!

Wassalam,

ليست هناك تعليقات: