الاثنين، رجب ١٠، ١٤٢٦

Akhirnya hatiku terbuka untuk menerima kecanggihan teknologi


Petang ini 15 Ogos 2005 yang indah setelah jerebu kelmarin. Hihi.. Terima kasih kepada Hayyi Salim kerana tidak jemu-jemu memberikan galakan kepada saya supaya membuka blog. Pujuk rayu awak telah berjaya mempengaruhi hati saya untuk membuat blog ini

Sebelum ini hati saya rasa sebak dan terharu, melihat panorama di sekeliling AIKOL. Sejuk rasanya hati saya bila di keliling kiri dan kanan saya semakin ramai siswi-siswi yang sudah berfurdah. Satu kesedaran dan keinsafan yang mendadak telah menyelubungi kampus UIA. Semoga mereka-mereka yang memakainya akan terus istiqamah sampai mati. Saya rasa fenomena @ trend berfurdah ini juga berlaku di kampus-kampus lain.

Dikalangan pelajar lelaki juga sudah ada yang berani secara terang-terangan memakainya. Alhamdulillah.Nampaknya pak guard berpestalah untuk menyaman pelajar-pelajar yang berfurdah ini. " Kami pakai furdah kerana jerebu, bukan kerana nak ikut syariat Allah. Kami tak berniat nak langgar peraturan UIA." Kata salah seorang siswi dengan nada sedih bila ditegur oleh Pak guard.

Semasa hari-hari jerubu yang lalu, mata saya aman dan tawadhu' bila berjalan di lapangan AIKOL yang menghadap sungai UIA. Tidak ada Mat Saleh dan minah-minah diarang yang berkapel. Mat-mat negro dan minah-minah Negro pun tidak kelihatan disitu. Berdua-duaan, bermesra-mesra. Macam lah UIA ni serupa dengan KLCC. Macam lah mereka sahaja yang ada kapel. Inilah suasana yang selalu saya hadapi setiap kali ulang alik ke AIKOL. Kadand-kadang saya memandang mereka seolah-olah mereka tidak bersalah. Tapi ingatlah. Selemah lemah iman ialah membenci perbuatan mungkar dengan hati. Saya terkedu. Rupanya saat saya sudah tidak berperasaan langsung memandang mereka, saya bukan seorang yang beriman.

ليست هناك تعليقات: